07 January, 2014

Meninjau Prestasi Saham Yang Dinilai Pada 2013

P.I.E catat kenaikan tertinggi pada 2013 manakala Apollo juga kukuh

Pada tahun 2013, saya telah memulakan satu kategori baru, iaitu penyelidikan saham, yang turut mengandungi artikel tentang beberapa saham yang saya analisis secara ringkas. Berikut adalah keputusannya sehingga akhir tahun.

Asia File

Saya telah menulis tentang Asia File dalam posting bertajuk Asia File Kurang Diminati Tetapi Berpotensi pada 5 Februari 2013.

Harganya pada waktu itu ialah RM3.50. Harga pada akhir tahun RM4.37. Jumlah dividen yang diterima ialah 20.5 sen. Jumlah pulangan yang dicatatkan ialah 30.7%.

Nampaknya harga naik kerana peningkatan untung disebabkan ekonomi pasaran utamanya di Eropah semakin pulih. 

UMS Holdings

Saya menilai UMS Holdings dalam posting bertajuk UMS Holdings Mantap Tetapi Diabaikan pada 4 Mac 2013.

Harganya pada waktu itu ialah RM1.90. Harganya pada akhir tahun ialah RM2.39. Dividen yang diterima ialah 9 sen. Jumlah pulangan yang diperolehi ialah 30.5%

Kenaikan saham ini bukan sebab untung meningkat tetapi kerana pelabur lain sedar bahawa ia merupakan saham yang undervalued dan membeli, lantas menaikkan harganya.

Apollo

Saya menyentuh tentang Apollo dalam posting bertajuk Apollo Kukuh dari segi Prestasi dan Tunai pada 24 Mac 2013.

Harganya pada waktu itu ialah RM3.53. Harganya pada akhir tahun ialah RM4.70. Dividen yang diterima ialah 25 sen. Jumlah pulangan yang diterima ialah 40.2%.

Harga saham Apollo meningkat kerana pelabur melihat kekukuhan dividen, kedudukan tunai dan juga keuntungannya.

P.I.E Industrial

Saya menulis tentang P.I.E dalam posting bertajuk P.I.E Industrial Kukuh Tapi Harga Saham Berpatutan pada 6 Jun 2013. Berasaskan statistik blog, ini posting yang tidak begitu popular dari segi pageviews, mungkin sebab namanya tak glamor, tetapi menghasilkan pulangan paling besar.

Harganya pada waktu itu ialah RM4.46. Harganya pada akhir tahun ialah RM6.96. Jumlah pulangan yang diterima ialah 56.1%

Bursa Malaysia

Harga Saham P.I.E Industrial meningkat dengan ketara kerana memang undervalued dan juga syarikat telah berjaya menambah keuntungan.

CSC Steel

Saya menulis tentang CSC Steel dalam posting bertajuk CSC Steel Antara Syarikat Keluli Yang Kukuh pada 12 Ogos 2013.

Harganya pada waktu itu ialah RM1.30. Harganya pada akhir tahun ialah RM1.24. Jumlah pulangan ialah - 4.62%

Harga Saham CSC Steel turun sedikit dan masih mendatar kerana keuntungan yang kurang memberangsangkan pada suku terakhir, walaupun lembaran imbangannya kukuh.

Yoong Onn

Saya menilai saham Yoong Onn dalam posting bertajuk Syarikat Pengeluar Aksesori Bilik Tidur Kukuh pada 30 September 2013.

Harganya pada waktu itu ialah RM0.695. Harganya pada akhir tahun ialah RM0.96. Jumlah pulangan yang diterima ialah 38.1%.

Harga saham Yoong Onn meningkat kerana tahap keuntungan telah ditambah baik dan kerana saham mula mendapat perhatian pelabur lain.

Kesimpulan

Syukur Alhamdulillah kerana tahun 2013 adalah tahun yang baik bagi value investing. Bukan semua tahun seperti ini dan saya ramalkan tahun 2014 mungkin lebih sukar. Insyallah saya akan meninjau sekurang-kurangnya 5 saham (kalau boleh lebih) pada tahun 2014.

Nota Tambahan:
  1. Saham yang ditinjau belum lagi sampai satu tahun.
  2. Saya ada membeli semua saham ini kecuali Apollo.
  3. UMS telah saya lupuskan.
  4. Lazimnya jangka lebih panjang diperlukan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kerana akan menghadapi tempoh turun naik ekonomi dan pasaran.

5 comments:

Ishak mohamad said...

Salam tuan, sejauh mana tempoh pegangan saham yg tuan ada...adakah akan pegang dalam tempoh 4-5 tahun di masa yang sama menerima pulangan dividen atau akan TP disaat kewangan syarikat merosot?

Ishak mohamad said...

Salam tuan, sejauh mana tempoh pegangan saham yg tuan ada...adakah akan pegang dalam tempoh 4-5 tahun di masa yang sama menerima pulangan dividen atau akan TP disaat kewangan syarikat merosot?

Razali Razman said...

Wasalam,

Soalan telah dijawab dalam posting terbaru.

Terima kasih.

arbain said...

salam tuan,

ebook panduan asas saham tlh abis di baca. Sy tlh pun buka akuan CDS khamis lps, skrg sy plan nak beli 1000unit prtama hrga skitar 0.40-0.45, Bagaimana nk buat belian scara online, kos rm12 :)?tp broker ada bagi no akuan syarikat. adkah byran d buat mlalui akuan broker trsebut?

Razali Razman said...

Bergantung kepada bagaimana broker tersebut beroperasi. Bagi broker saya Maybank, saya masukkan wang dalam akaun dan dia ambil terus drp akaun. Bagi broker lain, perlu masukkan wang dalam akaun mereka dan submit bukti pembayaran. Sepatutnya broker memberitahu step by step apa yang patut dilakukan. Kalau tak jelas, tanya mereka apa yang patut dilakukan. Pastikan Tuan simpan semua resit dan bukti pembayaran.