05 September, 2012

Hup Seng Kukuh dan Mantap

Pengeluar biskut cap Ping Pong tidak exciting tetapi amat teguh

Hup Seng ialah sebuah pengeluar biskut dan snek yang telah beroperasi sejak tahun 1958. Jenama produk syarikat ialah Cap Ping Pong dan Kerk dan syarikat juga telah membeli syarikat pengeluar kopi dan makanan bernama Incomix.

Sejak lima tahun yang lepas, prestasi Hup Seng semakin mantap dan peningkatan untung ini dapat dilihat daripada kenaikan harga sahamnya.

Berikut adalah tahap perolehan dan keuntungan syarikat antara tahun 2007 - 2011:

Laporan Tahunan Hup Seng 2011

Di bawah pula ialah carta saham syarikat:

Dipetik daripada Bursa Station

Kita dapat lihat bahawa prestasi untuk tempoh lima tahun adalah turun naik dan sehingga akhir 2011, graf pergerakan saham memang mendatar, tetapi mula melonjak sejak permulaan tahun 2012.

Sebabnya ialah prestasi kewangan 2012 semakin hebat.  Pada separuh pertama 2012, syarikat baru-baru ini mengumumkan pendapatan sesahan (EPS) sebanyak 14.32 sen.  Ini bermakna syarikat berpotensi mencatatkan keuntungan kira-kira 28 sen untuk seluruh tahun.

Di samping itu, Hup Seng juga telah mengumumkan dividen interim 12 sen baru-baru ini, yang akan dibayar kepada pemegang saham yang ada pada daftar pemegang saham pada 13 September 2012.  Ini merupakan satu lagi faktor kenaikan saham.

Jika kita mengandaikan keuntungan adalah 28 sen pada tahun 2012, ini bermakna EPS purata syarikat untuk tempoh 5 tahun lepas ialah lebih kurang 20 sen sesaham.

Di samping itu, syarikat juga mempunyai aliran tunai yang amat kukuh, iaitu tunainya sahaja cukup untuk menjelaskan semua liabiliti jangka pendek dan jangka panjangnya.

Tetapi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah saham ini telah naik  dan mungkin sudah mengambil kira jangkaan keuntungan yang dicapai untuk tahun 2012.

Pada harga semasa, pada pendapat saya Hup Seng adalah lebih kurang 'fairly valued' atau sedikit 'undervalued'.  Walaupun syarikat kukuh, kita perlu sentiasa membandingkan prestasi dan juga harga.

Jika pelabur berminat membeli saham ini, mungkin boleh tunggu sehingga selepas dividen dibayar kerana kadangkala harga saham jatuh lebih banyak daripada nilai dividen selepas tarikh ex-dividen. Bagi mereka yang lebih suka menunggu untuk mendapatkan bargain (seperti saya),  mungkin boleh pertimbangkan jika saham jatuh di bawah RM2.50.

Walau apa pun, syarikat ini memang amat kukuh, cuba keputusan yang perlu dibuat ialah berapakah harga yang sesuai untuk dibeli.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya saham ni tak terjejas

arbain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
arbain berkata...

Sy brminat dgn Saham ini trmasuk saham wellcal & willow tapi x patut syariah.

Unknown berkata...

Betul sudah Tak Syariah Compliant...pada masa tulisan, kalau tak silap ia Syariah Compliant (sebab biasanya saya tak review kalau tak syariah compliant) ...saham ini juga ada dibincangkan oleh Pakdi dalam groupnya. Mungkin disebabkan garis panduan lebih ketat yang diguna pakai baru-baru ini.