Freight Management Holdings Berhad ialah sebuah syarikat pengangkutan menyeluruh yang menawarkan khidmat fret dan pengangkutan menerusi laut udara dan darat. Perkhidmatan yang ditawarkan syarikat termasuk fret laut, udara, keretapi, kapal tunda, pengangkutan dan pembrokeran kastam.
Berikut ialah ringkasan prestasi syarikat sehingga tahun berakhir Jun 2010:
Kita dapat melihat bahawa syarikat telah berjaya meningkatkan hasil setiap tahun manakala keuntungan pula menunjukkan kenaikan konsisten yang mantap kecuali pada tahun 2008 apabila ekonomi gawat.
Tetapi faktor paling positif ialah syarikat baru-baru ini telah mengumumkan keputusan suku terakhir dan tahun penuh tidak teraudit yang cemerlang bagi 2011. Pendapatan sesaham atau EPS 16.20 sen dicatatkan untuk seluruh tahun 2011.
Pada tahap EPS tersebut dan juga harga penutup hari ini RM1.02, saham syarikat ini diperdagangkan pada P/E hanya 6.37. Pulangan atas ekuiti yang diberikan ialah pada paras kira-kira 17%, angka yang boleh dikatakan agak tinggi.
Berikut adalah carta harga Freight Management:
Dipetik daripada Bursa Station
Walaupun syarikat mencatatkan prestasi yang baik, harganya semakin rendah sebulan dua ini kerana mungkin pelabur meramalkan syarikat akan mengalami kesan daripada ekonomi dan dagangan dunia semakin menyusut untuk tempoh yang mendatang.
Namun begitu, seperti yang ditunjukkan daripada keputusannya pada 2010, Freight Management mampu mengharungi sebarang kegawatan dengan baik.
Tidak dinafikan peningkatan untung untuk tahun kewangan depan agak sukar berasaskan keadaan ekonomi semasa, namun trend pertumbuhan syarikat ini dijangka berterusan untuk jangka masa lebih panjang.
Cuma persoalan bagi pelabur yang berminat dalam syarikat ini ialah beli pada harga semasa atau menunggu jika berlaku sebarang kejatuhan pasaran lanjut dan membelinya pada harga yang lebih murah.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Minta maaf zahir batin jika ada tersalah silap. Semoga Allah menerima amalan kita pada bulan puasa lepas.