03 Jun, 2010

Fiamma Holdings: Kurang Diberi Perhatian

Syarikat berkembang tetapi harga saham mendatar

Fiamma Holdings ialah sebuah syarikat yang terlibat terutamanya dalam bidang pengilangan dan pengedaran peralatan elektrik rumah, aksesori bilik air dan kabinet dapur. Syarikat juga terlibat dalam pembangunan hartanah.

Antara jenama terkenal di bawah naungan anak-anak syarikatnya termasuk Elba, Faber, Maytag, MEC, Omron, Braun dan EBAC Kitchen. Maklumat lanjut tentang aktiviti syarikat boleh didapati di laman webnya.

Pendapatan sesaham (EPS) Fiamma dalam tempoh lima tahun lepas adalah seperti berikut (sen):

2005 2006 2007 2008 2009
- (3.1) 3.7 10.5 14.3 10.5 -

Aset ketara bersih (NTA) sesaham Fiamma ialah RM1.55 manakala harga penutup pada hari ini ialah RM0.74. Ini bermakna price to book ratio syarikat hanyalah 0.5.

Pada separuh pertama berakhir 31 Mac 2010 (tahun berakhir 31 Sept 2010), syarikat mencatatkan pendapatan sesaham atau EPS 7.83 sen. Jika syarikat dapat mengekalkan prestasi sehingga akhir tahun, EPS seluruh tahun boleh diunjurkan secara konservatif pada 14 sen.

Dari segi PE Ratio, saham ini diperdagangkan pada Historical P/E lebih kurang 7 manakala forward PE berasaskan unjuran EPS 14 sen ialah hanya 5!

Berikut adalah carta saham Fiamma

Dipetik daripada Bursa Station

Walaupun saya dapati saham ini undervalued dari segi keuntungan dan aset, dan syarikat dijangka meraih untung lebih tinggi tahun ini, kita dapat lihat harga saham ini agak mendatar dalam tempoh lima tahun lepas.

Volum saham juga agak rendah. Ia kurang mendapat perhatian daripada spekulator dan juga pelabur. Tetapi volumnya tidaklah terlalu rendah sehingga sukar untuk dijual beli.

Pada pendapat saya, saham ini mungkin akan mendapat perhatian lanjut sekiranya EPS tahun ini mencecah angka 15 sen, iaitu keuntungan tertinggi yang pernah dicatatkan.

Justeru pembeli saham ini mestilah sanggup memegang untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan untuk memanfaatkan potensi kenaikannya.

3 ulasan:

mohdali88 berkata...

Salam,

Terima kasih atas info yang diberi.
Boleh dikategori "dalam perhatian".

Sekian.

idod berkata...

salam saudara,

maaf jika ulasan saya ini dianggap off topic. tapi bolehkah saudara tolong jelaskan apakah itu doubtful debt? saya dapati kebelakangan ini byk syarikat yg mengalami kerugian kerana sebab ini. terima kasih.

Unknown berkata...

Salam idod,

Jawapan telah diberikan dalam satu posting pada 10/6/2010.