Hanya tindakan berterusan mampu menjamin kejayaan
Tahun baru ini pasti menyaksikan ramai orang menanam azam baru dalam pelbagai bidang kehidupan. Ada yang nak kurangkan berat badan, ada yang nak menambah tabungan, ada yang nak memajukan lagi perniagaan, nak kurangkan dosa dan menambahkan pahala, mengurangkan hutang, nak berusaha lebh rajin dalam kerja atau pelajaran dan banyak lagi.
Azam amat mudah dibuat dan motivasi juga senang diperolehi. Malah ada begitu banyak pakar atau buku motivasi yang ada di pasaran, sama ada asing atau tempatan. Memang kita perlu menanamkan azam dan mendapatkan dorongan luar untuk berjaya tetapi akhirnya kita tidak boleh 'stay motivated' 24 jam, dan apabila masa berlalu, dorongan yang membuatkan kita memulakan sesuatu usaha akan mula pudar dan pada masa inilah kita menghadapi ujian sebenar sama ada azam atau matlamat kita dapat tercapai.
Biasanya azam kewangan seperti menambah tabungan atau mengurangkan perbelanjaan dan hutang mudah untuk dimulakan tetapi sukar untuk diteruskan. Melakukannya dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama memang tidak susah namun usaha meneruskannya sepanjang tahun dan ke tempoh selanjutnya menjadi cabaran sebenar. Orang yang berjaya melakukannya ialah mereka yang sanggup meneruksan tindakan walaupun motivasi sudah berkurangan.
Pada satu ketika dulu, ramai yang sibuk membaca buku atau menonton video 'The Secret', yang pada asasnya menyatakan bahawa jika kita dapat membayangkan kejayaan, kita akhirnya akan mencapai kejayaan. Cuma satu saja yang janggal. Video atau buku tersebut langsung tidak menyebut tentang tindakan! Bolehkah kejayaan datang begitu sahaja tanpa tindakan? Mungkin mesej yang hendak disampaikan ialah jika kita membayangkan impian, kita akan bertindak untuk mencapai cita-cita tersebut. Walau apa pun, kunci kepada kejayaan ialah tindakan yang berterusan.
Justeru pada tahun baru ini, jika anda telah menetapkan satu sasaran kewangan atau pelaburan, diharapkan anda terus berdisiplin dan 'follow through', dengan azam atau matlamat anda, walaupun apabila anda menghadapi sesuatu pilihan perbelanjaan nampak begitu penting sehingga anda tergerak hati untuk mengenepikan sasaran anda. Mungkin sasaran kewangan anda membuatkan anda rasa seperti terkongkong kerana tidak dapat berbelanja sedangkan anda ada wang atau 'kredit' untuk berbelanja tetapi teruskanlah dengan azam anda kerana pada akhir tahun, apabila anda melihat kejayaan yang anda capai, anda pasti berpuas hati dan berbangga dengan diri anda.
2 ulasan:
Salam Razali Razman,saya harap kita boleh bertukar2 link dengan blog saya yg juga berkaitan dengan keusahawanan
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Dalam apa jua yang kita lakukan, motivasi diri adalah penting sebab graph semangat kiri turun dan naik dan perlu maintenance sekiranya kita kita inginkannya sentiasa naik.
Apa caranya?
Berkawan dgn mereka yang berjaya dan pernah jatuh dan bangun dalam bisnes/apa jua yang dilakukan?
Menghadiri kursus2 motivasi dan pengurusan kewangan?
Membeli buku2 motivasi?
???????
http://www.asasteguh.com
Catat Ulasan