10 Januari, 2009

Berapakah Pendapatan Pasif Anda?

Pendapatan pasif penting untuk mencapai kebebasan kewangan

Saya pertama kali terbaca tentang pendapatan pasif daripada buku Rich Dad, Poor Dad Robert Kiyosaki kira-kira 10 tahun lepas. Selepas itu, saya banyak membaca tentang pendapatan pasif dalam pelbagai buku perancangan kewangan, termasuk buku-buku daripada Azizi Ali.

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperolehi tanpa memerlukan usaha atau masa tambahan atau memerlukan sedikit kerja tambahan daripada anda. Ini bermakna anda tidak perlu pergi kerja dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg untuk mendapatkannya. Mungkin anda boleh melakukan kerja sekali, dan kemudian meraih manfaatnya berulang-ulang kali.

Kebanyakan orang hanya akan dapat gaji sekiranya mereka terus bekerja. Begitu juga dengan pendapatan peniaga kecil. Anda sebenarnya belum mencapai kebebasan kewangan kerana jika anda tidak bekerja, anda tiada pendapatan untuk menyara hidup anda secara berterusan (sambil mengekalkan aset pada tahap yang sama).

Kita lihat pesara sebagai contoh. Ramai yang pada mulanya tidak bekerja pada awal persaraaan. Tetapi selepas dua tiga tahun, mereka kembali bekerja kerana tahap kewangan mereka telah menyusut semula. Justeru pendapatan pasif penting untuk membolehkan seseorang terus meraih pendapatan walaupun tidak lagi bekerja.

Antara sumber pendapatan pasif termasuk:

1. Sewa rumah atau tanah (selepas ditolak semua kos, termasuk kos pembiayaan)
2. Dividen daripada ASB, Tabung Haji dan sebagainya
3. Royalti (contohnya hasil karya seperti buku)
4. Keuntungan atau dividen perniagaan yang dilabur (bukan yang diusaha sendiri)
5. Hasil perniagaan yang dijalankan hampir secara automatik sepenuhnya (contoh perniagaan dalam talian) yang memerlukan hanya sedikit masa untuk diuruskan

Justeru dapat disimpulkan di sini bahawa pendapatan pasif boleh diperolehi dengan melabur dalam satu aset dan mendapatkan pulangan, melabur dalam perniagaan dan meraih untung atau mencipta karya atau hasil kerja seni/intelektual/saintifik yang membolehkan seseorang mendapatkan royalti.

Kesimpulannya ialah kita tidak semestinya memiliki jumlah aset yang besar untuk meraih manfaat pendapatan pasif. Ada pelbagai cara untuk melakukannya. Cuba kira pendapatan pasif anda untuk melihat sama ada anda boleh bersara dengan selesa dan bebas dari segi kewangan (walaupun jika anda bercadang untuk bekerja seumur hidup kerana anda meminati kerjaya atau perniagaan anda).

Selamat berjaya!

7 ulasan:

MIJI berkata...

Salam,kalau student nak cari pendapatan pasif,bagaimana pula caranya?

http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

ZulBM berkata...

Pendapatan pasif adalah salah satu usaha yang perlu di lakukan dengan bersungguh2 sekiranya satu hari nanti kita ingin berhenti bekerja atau bersara awal suatu hari hari.

Good infos tuan.....

http://www.asasteguh.com

Unknown berkata...

Salam Miji,

Insyallah saya akan buat satu posting mengenainya dalam seminggu dua lagi.

Sdr Zul,

Betul, asasnya perlu dibina sekarang sebagai persediaan

RAHISAM RAMLI berkata...

Salam saudara Razali-ilmu bagaimana menghasilkan pendapatan pasif sangat sedikit di kalangan orang miskin. itulah sebabnya mereka masih tidak mampu keluar dari masalah itu. Post yang menarik minat saya untuk mendalami kewangan.

en_me berkata...

thanx for d info.. salam senin

CheeWee berkata...

Setuju 100%. Bayangkan kalau anda ditimpa kemalangan atau sakit, adakah majikan anda akan terus membayar gaji (pendapatan aktif)? Selain dari bekerja (aktif), saya juga menceburi bidang unit saham (unit trust) dan membuat pelaburan kecil-kecilan sebagai pendapatan pasif saya.

Unknown berkata...

Sdr Rahisam,

Memang betul, golongan miskin boleh terlepas daripada belenggu kemiskinan jika mereka mempunyai pendapatan pasif. Saya akan cuba menyentuh hal ini dalam posting akan datang.

Wasalam En_Me...terima kasih kerana singgah

Bro Chee Wee, what you are doing is great. Need to build paassive income from now to build financially secure future...so that we can work less later.