Beberapa petua untuk mengesan skim pelaburan meragukan
1. Pulangan pelaburan sangat tinggi, biasanya lebih 20% dalam tempoh kurang daripada enam bulan. Lebih tinggi pulangan, lebih meragukan skim tersebut.
2. Orang yang mengajak anda melabur tidak dapat menerangkan dengan jelas tentang cara skim ini meraih pulangannya. Biasanya mereka akan memberikan gambaran kasar sahaja, seperti pelaburan luar pesisir (offshore), pelaburan menerusi internet dan pelaburan pulangan tinggi (high-yield investment).
3. Tiada dokumentasi urus niaga yang sahih dan mantap. Kadangkala pelaburan dikutip tanpa sebarang dokumen sokongan.
4. Dokumen tawaran dengan bahasa yang berbelit-belit dan tidak begitu tepat. Pengendali skim seolah-olah tidak boleh memberi penjelasan 'straight to the point'.
5. Pelabur perlu atau digalakkan mencari downline atau orang lain untuk sama-sama melabur. Jika anda melabur dalam unit amanah umpamanya, adakah syarikat unit amanah itu menyuruh anda mendapatkan pelabur lain untuknya?
6. Para penganjur utama skim tidak mempunyai alamat yang tetap atau sahih dan tidak mudah dihubungi. Kadangkala mereka hanya boleh dihubungi menerusi emel sahaja.
2 ulasan:
Ramai yang tertipu kerana nak cepat kaya. Kedua pendidikan kita tidak mengajar pengurusan kewangan diperingkat rendah lagi. Akhirnya bila sudah dewasa kita hanya boleh mengira wang tapi bukan menguruskannya.
Betul kata Saudara. Pendidikan kewangan peribadi bukan sahaja tidak diajar di peringkat rendah, malah kurang dititikberatkan di peringkat universiti sekalipun.
Catat Ulasan