15 September, 2016

Pelancaran Bursa Malaysia-i

Baru-baru Bursa Malaysia-i telah dilancarkan dan ada yang tertanya-tanya sama ada pelabur perlu membuka akaun baru untuk melabur dalam platform baru ini.

Sebenarnya Bursa Malaysia-i telah dicipta untuk mengasingkan, menambah baik dan melengkapkan ciri patuh Syariah dagangan saham di Bursa Malaysia.

Sebarang perubahan adalah proses dalaman dan pelabur tidak perlu buat apa-apa lagi untuk melabur menggunakan platform ini sekiranya sudah membuka akaun dagangan saham yang patuh syariah.

Lihat gambar rajah di bawah:


Saya terjemahkan 4 soalan lazim yang terdapat dalam FAQ untuk memberikan anda gambaran lebih jelas:

1. Siapakah Institusi Kewangan Islam Yang Turut-Serta?
  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad (Tetingkap)
  2. AmInvestment Bank Berhad (Tetingkap)
  3. BIMB Securities Sdn Bhd (Lengkap)
  4. CIMB Investment Bank Berhad (Tetingkap)
  5. Jupiter Securities Sdn Bhd (Tetingkap)
  6. Kenanga Investment Bank Berhad (Tetingkap)
  7. Malacca Securities Sdn Bhd (Tetingkap)
  8. Maybank Investment Bank Berhad (Tetingkap)
  9. RHB Investment Bank Berhad (Tetingkap)

2. Apakah perbezaan utama antara urus niaga dagangan sedia ada dengan institusi kewangan Islam turut serta sebelum dan selepas penubuhan Bursa Malaysia-i?

Dagangan
Pesanan dan saluran dagangan antara institusi kewangan turut-serta dan Bursa Malasia kini diasingkan daripada saluran perdagangan antara institusi kewangan biasa dan Bursa Malaysia.

Depositori
Sekuriti yang patuh Syariah pada akaun CDS pelabur ditandakan dengan kod "SP" yang bermaksud "sekuriti patuh Syariah".

Penjelasan Urus Niaga
Penjelasan urus niaga selepas dagangan saham dilakukan menerusi institusi kewangan Islam dan akan dilaksankan dan dijamin oleh Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd

Penyelesaian
Penyelesaian dagangan antara Institusi Kewangan Islam Turut-Serta dan Bursa Malaysia akan dilakukan menerusi Institusi Kewangan Islam .

3. Jika pelabur sudah mempunyai akaun patuh syariah dengan institusi kewangan Islam turut serta, perlukah beliau membuka akaun baru untuk berdagang di Bursa Malaysia-i?

Tidak perlu, akaun yang sedia ada sudah mencukupi untuk berdagang di Bursa Malaysia-i

4. Jika saham patuh Syariah yang saya pegang diklasifikasi semula sebagai tidak patuh Syariah selepas penilaian oleh Majlis Penasihat Syariah SC, perlukah saya menjualnya dengan serta-merta? 

Pelabur disyorkan menjual saham dalam masa sebulan selepas mengetahui tentang statusnya. Modal boleh disimpan tetapi untung perlu disumbang kepada kebajikan. Namun jika harganya lebih rendah daripada harga beli, pelabur dibenarkan memegang sehingga harga + dividen adalah bersamaan kos pelaburan asal.

Untuk soalan ini, rujukan diperolehi kepada laman berikut: http://www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets/education/treatment-of-shariah-non-compliant-securities

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.  

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

Tiada ulasan: