Walaupun saya seorang pelabur dan bukannya trader saya tetap mengikuti perkembangan golongan yang berdagang saham dalam jangka pendek.
Apabila kita menjadi trader atau speculator, kaedah pengurusan risiko kita mestilah seperti seorang trader dan speculator, bukannya seperti investor.
Berasaskan pemerhatian saya, faktor yang menyebabkan kerugian paling besar ialah kegagalan meletakkan atau menggunakan stop loss untuk mengehadkan kerugian.
Tak kiralah anda nak letakkan pada tahap 3%, 5% atau 7% tetapi pastikan anda tetapkan nilai tersebut dan menjual jika harga turun ke paras itu. Jangan guna budi bicara atau emosi.
Memang benar ada kalanya saham naik balik selepas jatuh di bawah paras stop loss tapi anggaplah itu bukan rezeki anda. Harga yang anda bayar untuk menguruskan risiko.
Anda berdagang berasaskan probabiliti, bukan fundamental. Apa-apa boleh berlaku. Daripada lenyap 50% modal, lebih baik anda cabut lari dan main lagi di lain hari.
Seperti kata orang putih, "Live to fight another day".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan