17 Ogos, 2015

10 Mutiara Kata Pelabur Tersohor Tentang Kejatuhan Pasaran

Dalam suasana kebimbangan yang wujud sekarang ini, ada baiknya kita melihat kembali apa kata Pelabur Tersohor apabila berlaku kejatuhan pasaran. Mutiara kata di bawah boleh didapati dalam buku Petua Pelabur Tersohor.


Warren Buffett
  • Turun naik harga memberi peluang kepada pelabur untuk beli apabila harga jatuh dan jual apabila harga naik. Pada waktu lain, lebih baik jika beliau lupakan pasaran saham dan memberi tumpuan kepada operasi syarikat
  • Jika anda tidak sanggup memiliki saham selama 10 tahun, jangan fikir untuk memilikinya selama 10 minit.

John Templeton
  • Masa untuk membeli ialah dalam keadaan paling malap dan masa untuk menjual ialah dalam keadaan paling optimistik.
  • Membeli apabila orang lain menjual dan jual apabila orang lain sibuk membeli memerlukan keberanian dan akhirnya memberikan ganjaran paling lumayan.

Ken Fisher
  • Mungkin anda lebih suka dunia tanpa volatility. Tetapi tanpa volatility pulangan pelaburan tak mungkin mengatasi kesan inflasi. Untuk meraih pulangan anda perlu ambil risiko, yang selalunya muncul dalam bentuk volatility.
  • Saham naik lebih kerap daripada turun.

Peter Lynch
  • Jika anda membeli saham yang betul pada harga yang salah dan masa yang kurang sesuai, anda mungkin mengalami kerugian.

Benjamin Graham
  • Jangan beli saham selepas kenaikan harga ketara, dan jangan jual selepas penurunan harga ketara.

Philip Fisher
  • Menangguhkan pembelian yang menarik kerana bimbang apa yang akan berlaku terhadap pasaran saham adalah merugikan dalam jangka panjang.

John Neff
  • Kita tidak harus beli secara automatik hanya kerana harga saham rendah. Bagi sesetengah syarikat situasi mereka mungkin menjadi lebih buruk

Jelas bahawa bagi pelabur tersohor, kejatuhan pasaran membuka peluang, cuma kita perlu teliti dan berhati-hati dalam usaha kita untuk mengambil kesempatan daripada peluang tersebut.

Ini kerana sesetengah syarikat akan mengalami masalah besar semasa gawat dan kemungkinan tidak akan pulih. Jadi pilihlah syarikat anda dengan analisis yang teliti.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di  razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

2 ulasan:

arbain berkata...

Ia mmerlukan tahap keberanian & disiplin yang tinggi untuk membeli / terus memegang saham brkualiti tinggi setelah dibuat kajian tapi diniagakan dibawah nilai sbenar. Serta sedia untuk membuat average down jika ia terus turun. Saya akui, kadangkala diri ini tewas.

Unknown berkata...

Betul. Tak semestinya perlu average down. Boleh juga beli saham lain yang telah turun untuk mempelbagaikan portfolio. Kadang kala portfolio yang terlalu concentrated agak bahaya untuk pelabur kecil seperti kita.