Semalam, indeks telah jatuh ke paras 1532, yang bermakna pasaran telah jatuh hampir 20% daripada tahap tertinggi yang dicapai pada Julai 2014. Ini memberi pengesahan bahawa kita kini berada di dalam wilayah beruang atau bear market.
FBM KLCI (Yahoo Finance)
Untuk maklumat, sebelum ini kita hanya mengalami correction atau penurunan biasa sahaja. Berikut adalah perbezaan antara correction dan bear market berasaskan definisi Investopedia:
Correction - pergerakan berbalik, biasanya negatif, pada kadar sekurang-kurangya 10% dalam saham, bon, komoditi atau indeks selepas berlaku overvaluation atau terlebih nilai. Penurunan biasa seperti ini lazimnya bersifat sementara yang menghentikan trend peningkatan pasaran atau aset. Correction lebih singkat daripada bear market atau kemelesetan tetapi boleh menjadi pendahulu kepada salah satu daripadanya.
Bear Market - Keadaan pasaran di mana harga sama saham/sekuriti jatuh dan suasana pesimistik menyebabkan sentimen negatif berpanjangan. Sambil pelabur meramalkan kerugian dalam bear market, jualan berterusan berlaku, lantas memburukkan lagi keadaan pesimistik. Lazimnya kejatuhan 20% dalam indeks pasaran sepanjang tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dianggap sebagai bear market.
Kita tidak melihat bear market sejak 2008 - 2009, iaitu semasa krisis subprima Amerika. Jadi bagi ramai pelabur, inilah kali pertama mereka menemui beruang. Bila beruang lazimnya muncul? Apabila harga aset meningkat dengan ketara sedangkan untung atau ekonomi tidak begitu kukuh
Bila ia akan mula stabil? Sukar untuk mengetahui, tetapi lazimnya apabila ia telah overshoot on the downside, iaitu apabila kejatuhan ketara telah berlaku dan saham atau aset lain lebih murah daripada nilainya, atau situasi ekonomi telah pulih.
Bagi pasaran saham Malaysia, puncanya ialah multifactor dan bukan kerana satu faktor sahaja. Keadaan berlaku kerana kombinasi kejatuhan harga minyak, keadaan pasaran China dan global, kitaran kadar faedah Amerika dan keadaan politik semasa.
Kejatuhan nilai mata wang pula mencerminkan hakikat bahawa pelabur asing sedang melangkah keluar dari Malaysia dan menjual Ringgit.
Bagaimana dengan kesan keadaan politik? Pada pendapat saya, tanpa situasi politik semasa, penurunan tetap berlaku cuma kejatuhan mata wang dan juga pasaran saham mungkin tidak seteruk keadaan semasa.
Apabila pasaran naik, ramai yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa saham ialah sure fire way atau kaedah pasti menang untuk buat duit dan pasaran akan terus naik. Kini apabila bear market muncul, sudah mula dengar suara yang membincangkan tentang doomsday scenario dan sebagainya.
Kejatuhan nilai mata wang pula mencerminkan hakikat bahawa pelabur asing sedang melangkah keluar dari Malaysia dan menjual Ringgit.
Bagaimana dengan kesan keadaan politik? Pada pendapat saya, tanpa situasi politik semasa, penurunan tetap berlaku cuma kejatuhan mata wang dan juga pasaran saham mungkin tidak seteruk keadaan semasa.
Apabila pasaran naik, ramai yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa saham ialah sure fire way atau kaedah pasti menang untuk buat duit dan pasaran akan terus naik. Kini apabila bear market muncul, sudah mula dengar suara yang membincangkan tentang doomsday scenario dan sebagainya.
Ya, keadaan adalah agak teruk dan mungkin masa diperlukan sebelum pemulihan berlaku. Tetapi bagi saya untuk mendakwa Malaysia akan mengalami kehancuran adalah mungkin terlalu pesimistik.
Bagi value investor mudah sahaja untuk beroperasi, apabila pasaran overshoot at the top, angkat kaki, dan apabila ia overshoot on the downside, bersedia untuk masuk kembali.
Tidak perlu terburu-buru kerana anda juga boleh masuk kembali on the way up seperti diterangkan dalam artikel saya Beli Selepas Pasaran, Ekonomi dan Politik Stabil Juga Boleh Capai Untung Memuaskan, tetapi anda perlu bersedia.
Mungkin dalam beberapa posting akan datang, saya akan menulis tentang faktor mana yang boleh ditunjau untuk melihat tanda-tanda kestabilan.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.