23 Mac, 2015

APM Automotive Kembali Dalam Radar

APM Automotive, yang dimiliki sebahagian besarnya oleh Tan Chong, ialah pengeluar komponen kenderaan terkemuka yang mengilang pelbagai produk termasuk sistem suspensi, alat penyaman udara, sistem elektrikal, kerusi dan juga komponen plastik.
 
Syarikat ini adalah jenama yang terkenal dalam industri kereta dan merupakan pembekal kepada kebanyakan syarikat pengeluar kereta utama. APM Automotive juga telah mengembangkan operasinya di rantau ASEAN.
 
Pada Mac 2012 saya ada menulis tentang saham ini, yang boleh dibeli pada harga lebih kurang RM4.62 pada waktu itu dan saham tersebut telah naik sehingga lebih RM6. 

APM kembali dalam radar saya kerana ia kini memenuhi beberapa kriteria saya sebagai saham undervalued. Berikut adalah prestasi saham sejak 5 tahun lepas.

Bursa Malaysia
 
Pada Jumaat lepas, iaitu 20 Mac, saham ditutup pada harga RM4.42. Berikut adalah data penting tentang APM berasaskan kriteria fundamental yang saya utamakan.
 
shareinvestor.com.my
 
The Edge Markets 
 
The Edge Markets memberikan penarafan Valuation 1.8 / 3 manakala penilaian Fundamental 2.5 / 3 diberikan.
 
Antara sebab saya mula kembali mempertimbangkan APM Automotive ialah seperti berikut:
  1. Nisbah PE telah turun lebih rendah daripada 10. Ini akan rendah bagi syarikat yang boleh dikatakan ada nama.
  2. Harga saham jauh lebih rendah daripada nilai asset bersih
  3. Pulangan dividen memuaskan
  4. Hampir tiada hutang
  5. Syarikat sedang membeli balik saham sendiri
 
Tetapi kelebihan ini perlu diimbangi keadaan berikut:
  1. Kemungkinan pasaran saham secara keseluruhan mengalami fasa penurunan
  2. Untung tahun semasa mungkin lebih rendah
  3. Mungkin perlu menunggu untuk tempoh tertentu sehingga nilai penuh direalisasi daripada saham
Untuk maklumat yang lebih lanjut, saya berikan sedikit latar belakang tentang prestasi masa lepas APM:
 
Laporan Tahunan APM Automotive
 
Kita dapat lihat prestasi masa lepasnya amat kukuh sekali dan saham ini jatuh kerana pendapatan sesaham turun sedikit tahun lepas, dan dijangka tahun ini juga tidak begitu hebat.
 
Tetapi berasaskan rekod cemerlang syarikat, sesiapa yang mempunyai tempoh pelaburan antara 3 hingga 5 tahun boleh mula mempertimbangkan saham ini.
 
Cuma perkara yang perlu diberi perhatian, bagi mereka yang berminat, ialah bila untuk membeli, iaitu sama ada menunggu sehingga harga turun lagi atau mula membeli sekarang.
 
Maklumat tambahan tentang APM juga boleh didapati di laman I3investor.
 
Nota:  Pandangan ini adalah berasaskan keadaan pada masa posting ini ditulis dan mungkin tidak lagi sesuai apabila anda membacanya. Walau apa pun, ini hanya pendapat peribadi penulis dan pembaca perlu membuat penilaian sendiri terhadap apa jua pelaburan. Artikel ini bukan nasihat atau cadangan untuk membeli. Penulis mungkin memiliki atau berminat untuk memiliki saham yang dianalisis dalam blognya.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Tn Razali,

saya amat berminat dengan kekukuhan balance sheet syarikat ini. mereka mempunyai cash sbyk RM300m++ dan hutang yg minimum.

pada masa yg sama mereka mampu menjana positive free cash flow walaupun capex dilihat meningkat dari tahun ke tahun terutama pada tahun ini mungkin kerana nilai ringgit yg menyusut menyebabkan operating cost meningkat, Saya sgt optimis jika nilai matawang ringgit pulih syarikat spt ini mampu memberi pulangan yg lumayan

harga pada masa ini (RM3.84) adalah sangat attractive dgn dividen yield 5% jika syarikat konsisten dgn pengagihan dividen spt tahun2 seblumnya.

bolehkah saya dapatkan pandangan tuan Razali tentang joint venture baru2 ini dengan Bent Holding dan Tinnos Asia. berdasarkan kenyataan dlm Company Announcement "The Proposed Acquisition and Proposed Joint Venture will have no material effect on the earnings per share, net assets per share, gearing, share capital and substantial shareholders’ shareholding of APM for the financial year ending 31 December 2015. However, the Proposed Joint Venture is expected to contribute positively to the future earnings of APM Group."

Pada saya ini merupakan berita baik untuk mula membeli saham ini.

saya juga ingin ucapkan terima kasih kerana tuan mejawab pertanyaan saya sblm ini mengenai syarikat COastal dan dayang.

Unknown berkata...

Memang berita positif tetapi situasi untuk tahun 2016 adalah tidak begitu positif bagi ekonomi dunia dan global untuk separuh pertama. Syarikat tidak dinafikan memang bagus.

Untuk long term holding memang menarik, tetapi anda perlu ada keupayaan bertahan untuk tempoh lebih daripada setahun untuk pegang saham ini just in case kalau situasi kurang positif dari segi makroekonomi.

Pendek kata dalam situasi sekarang, keputusan beli bergantung kepada kekuatan syarikat berbanding situasi ekonomi dan pasaran keseluruhan. Tetapi jika time horizon anda 3 - 5 tahun, ini tidak lagi menjadi masalah.