03 Disember, 2012

Tambah Tabungan Dengan Skim Persaraan Swasta

Skim alternatif bagi mencarum untuk persaraan menerusi dana amanah

Skim Persaraan Swsta atau Private Retirement Scheme (PRS) telah dilancarkan baru-baru ini sebagai skim alternatif dan sokongan kepada skim caruman KWSP.  Menerusi PRS, para pekerja dan usahawan di Malaysia mempunyai pilihan lebih luas menentukan bagaimana untuk menabung bagi persaraan mereka.

Skim ini dikendalikan oleh penyedia khidmat PRS, yang terdiri daripada syarikat pengurusan aset. Orang ramai boleh mencarum dalam dana pilihan mereka dan boleh meminta majikan mereka untuk mencarum bahagian majikan ke dalam dana yang sama (selagi mereka bersetuju).

Istimewanya skim ini ialah pelabur boleh memilih untuk menentukan sendiri dana yang dilaburkan, berasaskan pilihan dana yang diberikan oleh syarikat penyedia PRS, atau meminta syarikat PRS menentukan dana yang paling sesuai untuk mereka berasaskan peringkat umur mereka.

Bagi pemilik perniagaan sendiri yang sebelum ini tidak mencarum, mereka kini boleh melakukannya menerusi PRS.  Manakala bagi kakitangan yang sudah mencarum dalam KWSP, mereka boleh menggunakan skim ini sebagai simpanan tambahan bagi mengukuhkan lagi dana persaraan masing-masing.

Pada 31 Oktober, Hwang Investment Management Bhd telah menjadi syarikat pertama untuk menawarkan PRS dan ini disusuli oleh Manulife Asset Management Services Bhd, CIMB-Principal Asset Management Bhd dan Public Mutual Bhd.  Manakala empat lagi penyedia PRS ialah AmInvestment Management Sdn Bhd, American International Assurance Bhd (AIA), ING Funds Bhd dan RHB Investment Management Sdn Bhd.

Bagi yang menabung menerusi skim ini, mereka akan mendapat potongan cukai tambahan RM3,000, selain daripada potongan RM6,000 yang diberikan untuk caruman KWSP dan insurans hayat. 

Manakala bagi majikan pula, mereka akan mendapat potongan cukai bagi caruman yang dibuat  untuk kakitangan sehingga 19 peratus daripada gaji kakitangan.

Caruman adalah bersifat sukarela dan tiada masalah jika tertinggal caruman. Malah, caruman juga dimasukkan ke dalam akaun satu dan akaun dua pada nisbah 70:30.  Pengeluaran boleh dibuat daripada akaun 2 tetapi tertakluk kepada cukai 8%.

Skim ini memberikan fleksibiliti kepada pelabur, dan potensi untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.  Namun begitu, berbeza daripada skim KWSP,di mana pulangan 2.5% dijamin kepada pencarum, pulangan skim ini adalah tidak terjamin.

Malah jika dana mengalami kerugian, terdapat kemungkinan jumlah dana yang diperolehi lebih rendah daripada jumlah yang dicarum oleh pelabur. 

Tetapi potensi kenaikan juga lebih besar dan pelabur berpeluang meraih pulangan yang lebih tinggi daripada yang diberikan oleh KWSP dalam jangka panjang, selagi beliau tidak begitu khuatir dengan turun naik nilai dana mereka dalam jangka pendek

Inilah antara faktor yang perlu diperitmbangkan oleh pencarum apabila membuat keputusan sama ada mahu mencarum dalam Skim Persaraan Swasta.  Dalam posting seterusnya, saya akan meninjau skim yang disediakan oleh CIMB.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam..
adakah fund yg disediakan patuh syariah? tq..=)

Unknown berkata...

Wasalam,

Ya,memang ada fund yang patuh syariah.

Tanpa Nama berkata...

Saya ada terbaca tentang saham MFCB undervalued... dahulu, bagaimana pandangan anda tentang MFCB sekarang?

Unknown berkata...

Sepintas lalu, memang masih nampak undervalued, walaupun keuntungan turun sedikit berbanding tahun lepas. Pengurusan pun sedang membeli balik saham. Cuma seperti yang saya catatkan dalam posting tahun lepas, adakah apa-apa yang tidak kita ketahui tentang saham menyebbakan harganya rendah? Jika tiada, memang saham amat berpatutan, tetapi mungkin pelabur perlu menunggu lama sedikit sebelum nilai penuhnya dapat direalisasikan.

www.kidbuxblog.com berkata...

Good sharing, AmInvest provides and has in place the building blocks to smooth your transition into retirement and help you live your retirement dreams. They offer Private Retirement Scheme (PRS) core funds or “default options” that cater to different age groups and differ in terms of the level of exposure to an equity portfolio based on investor’s risk tolerance which is good as a starting point. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/live-your-retirement-dreams-with-aminvest/