14 Mei, 2012

Perihal Dividen Saham II

Assalamualaikum, bagaimana pula pengiraan dividen yang diberi dalam bentuk peratus? Sila beri pencerahan. Terima kasih.

Waalaikumsalam. Saya menerima soalan di atas daripada pembaca. Sebenarnya dividen saham boleh diumumkan dalam dua cara, iaitu dalam bentuk sen dan juga dalam bentuk peratus.

Kalau dividen diumumkan dalam bentuk sen, ini bermakna sen sesaham.  Contohnya, jika dividen 10 sen diumumkan, maka anda akan menerima dividen 10 sen untuk setiap saham yang dipegang.

Sebaliknya jika diumumkan dalam bentuk peratus, ia merujuk kepada peratus berbanding nilai par saham.  Sebagai contoh, jika dividen 10% diumumkan dan  nilai par saham ialah 1.00, maka dividen 10 sen sesaham akan dibayar.

Sebaliknya jika dividen 10% diumumkan dan nilai par saham ialah 50 sen, maka dividen sebanyak 5 sen akan dibayar.

Kebanyakan pengumuman dividen sekarang dibuat dalam bentuk sen kerana lebih jelas dan memudahkan pengiraan dividend yield atau pulangan dividen.

Akhir sekali, peratus pembayaran dividen tidak harus dikelirukan dengan dividen yield.  Peratus bayaran dividen adalah berasaskan nilai par, sedangkan dividen yield dikira dengan membandingkan harga belian anda (jika anda memiliki saham tersebut) atau harga pasaran (jika anda bercadang membeli saham tersebut).

Contohnya, jika dividen 10% diumumkan dan nilai par ialah 50 sen.  Apakah dividend yield atau pulangan dividen yang diterima jika anda membeli saham pada harga RM1.25?

Pertama sekali, tukar dividen daripada bentuk peratus kepada sen.  Jika dividen 10% dan nilai par ialah 50 sen maka 10% x 50 sen = 5 sen.

Pulangan Dividen  ialah 5 sen / RM1.25 =  4%.

Harap maklumat ini dapat membantu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ooooo, so itu makna par value. Tertanya-tanya selama nie....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas informasi berguna di blog anda...

bigfish berkata...

terima kasih di atas perkongsian maklumat. boleh saya shae di blog saya?

Unknown berkata...

Salam.

Boleh...semua artikel boleh dikongsi..cuma nyatakan sumber beserta link kepada blog ini. Terima kasih kerana membaca

gold digger berkata...

salam saudara..saya kurang faham pasal IPO sbnarnya..awal tahun ini saya ada join satu investment dlm btuk cps,tetapi kini saya dah di offer mengikuti saham dalam IPO dengan nilai 70sen sesaham..jika saya ada 600 unit,sbgai cth..berapa yang saya dpat sekiranya masih bersama program ini,ketika saya membeli seunit saham ini,harganya bru 85sen seunit...
sekarang saya ada 7600 unit semuanya..harap dapat membantu

Unknown berkata...

Salam Tuan Golddigger,

Saya tidak dapat menjawab kerana kurang faham soalan yang diberikan. Minta maaf kerana tidak dapat membantu. Contohnya CPS apa dan saham apa yang dibeli? Berpaakah harga belian? Adakah 70 sen atau 85 sen? Bagaimana 600 unit boleh jadi 7,600 unit? Adakah menerusi belian tambahan atau dividen? Berapakah harga saham sekarang? Jadi maklumat tidak mencukupi untuk saya menjawab. Cara terbaik ialah bertanya promoter skim yang Tuan laburkan ini, kerana saya syak ini bukan pelaburan saham biasa di Bursa Malaysia.

mohd hafiidz berkata...

Assalamualaikum En. Razali, apakah yang dimaksudkan dengan Ex Date, Lodgement Date dan Payment Date? Bolehkah pelabur menjual saham sebelum Payment Date? Terima kasih atas penjelasan.

Unknown berkata...

Salam,

Untuk soalan pertama, Sila baca posting lama berikut: http://laburniaga.blogspot.com/2010/09/soalan-mengenai-dividen-saham.html
atau untuk lebih mudah, saya paparkan semula di bawah

Untuk soalan kedua, jika jual selepas ex-date dan sebelum payment date, kita masih akan menerima bayaran dividen tersebut.

Posting lama saya...


Soalan Mengenai Dividen Saham

Penjelasan mengenai ex-date dan entitlement date

Seorang pembaca mengemukakan soalan berasaskan data di bawah:


4405 TCHONG TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BHD
Interim Dividend 12%
Entitlement Details:
Interim Dividend of 12% less income tax
Entitlement Type: Interim Dividend
Entitlement Date and Time: 08/09/2010 05:00 PM
EX Date: 06/09/2010
Payment Date: 28/09/2010

Berikut adalah soalan dan jawapannya.

Apa bezanya ex-date dgn entitlement date?
Ex-date ialah hari apabila saham diperdagangkan tanpa dividen. Entitlement date ialah tarikh kelayakan terima dividen berasaskan nama dalam daftar pemegang saham. Ini kerana selepas beli, masa diperlukan untuk menukar nama dalam daftar. Bagi pelabur yang ingin mengetahui tentang kelayakan dividen, untuk memudahkan anda, tumpukan perhatian hanya kepada ex-date.

Kalau saya beli saham pada 06/09/2010 pada jam 12.00 tgh, adakah saya akan mendapat dividen?

Berasaskan apa yang saya tahu, selepas ex-date penjual yang dapat dividen, bukan pembeli.

Dan kalau saya jual pada 08/09/2010 4 p.m, adakah saya tidak akan mendapat dividen?
Kalau memang sudah ada saham sebelum 6/9 dan jual pada 8/9, anda akan tetap dapat dividen. Tapi kalau beli selepas 6/9 dan jual pada 8/9, memang tak dapat dividen, sebab anda beli selepas ex-date.

Berikut adalah cara mudah untuk tentukan kelayakan dividen. Beri tumpuan pada ex-date.
- Beli sebelum ex date dapat dividen.
- Beli selepas ex date tak dapat dividen.
- Jual sebelum ex date tak dapat dividen
- Jual selepas ex date dapat dividen

Pada asasnya, jangan bimbang sangat tentang perkara ini kerana kalau beli sebelum ex date, walaupun anda dapat dividen, harga belian lebih tinggi. Sebabnya ialah selepas sahaja ex-date, harga akan jatuh dengan jumlah yang lebih kurang sama (tetapi tidak semestinya sama, kerana ada faktor lain yang mempengaruhi harga saham) dengan nilai dividen yang diberi.

Pendek kata, beli sebelum ex-date ke selepas ex-date atau jual sebelum ex-date atau selepas ex-date, kesannya atau 'net effect' adalah lebih kurang sama.

Akhir sekali, payment date pula ialah tarikh bayaran sebenar dibuat kepada pemegang saham.

Unknown berkata...

Sambungan...

Entitlement date = lodgement date = registration date

(kalau tak silap saya, ketiga-tiganya menggambarkan perkara yang sama)