16 November, 2008

Susahkah Menabung 10% Daripada Gaji?

Simpan 10% Pendapatan Untuk Kukuhkan Kedudukan Kewangan

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk membina displin kewangan, selain daripada menabung untuk masa depan. Kaedah ini sudah disyorkan sejak dulu lagi, termasuk dalam buku The Richest Man in Babylon pada awal abad lepas, dan juga buku-buku perancangan kewangan yang diterbitkan pada masa kini.

Jumlah 10% ini bukannya caruman yang dibuat kepada KWSP kerana caruman tersebut merupakan wang persaraan dan tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya atau digunakan untuk tujuan kecemasan. Sebelum berfikir tentang melabur dalam saham, hartanah atau sebarang aset lain, ada baiknya kita mulakan dengan langkah yang amat mudah ini terlebih dahulu. Kalau tak ada wang, macam mana nak melabur?

Bagi golongan Bumiputera, tabungan ini bolehlah disimpan terus dalam Amanah Saham Bumiputera atau Amanah Saham Wawasan kerana pulangan agak tinggi yang diberikan. Selain itu simpanan harus dibuat sejurus selepas membayar gaji, bukan pada hujung bulan, apabila duit pun hampir habis. Dengan menyimpan pada awal bulan, kita akan mendisiplinkan diri untuk berbelanja apa yang kita ada sahaja dan hidup mengikut kemampuan kita. Jika mahu duit lebih untuk dibelanjakan, kita perlu cari jalan untuk mendapatkannya.

Namun masalahnya sekarang ialah ramai orang memiliki kad kredit. Justeru, kuasa beli mereka kini sudah melebihi pendapatan boleh guna. Mereka mendapati sukar untuk menghadkan perbelanjaan kerana kuasa beli yang diberikan oleh kad kredit. Akibatnya, apa yang berlaku sekarang ialah mereka berbelanja 110% atau lebih daripada gaji mereka, dan bukannya menabung 10% daripada pendapatan.

Fenomena simpanan negatif dan jumlah aset negatif semakin berleluasa sekarang. Penyelesaiannya sangat mudah. Kita perlu kembali kepada asas iaitu hidup mengikut kemampuan kita dan menabung 10% sebagai simpanan. Teknik ini sungguh mudah untuk dicadangkan tetapi amat susah untuk diamalkan. Tetapi memandangkan manfaat yang boleh diperolehi dan masalah yang boleh dielakkan, saya ingin bertanya sekali lagi, adakah begitu susah untuk kita menabung 10% daripada pendapatan?

8 ulasan:

Khazaimi berkata...

First time here, i like the info shared. will come again.

Pok Li berkata...

Soalan yang begitu senang dijawab tapi sukar untuk dilaksanakan. Apapun ia memang satu anjuran yang amat baik.

RAHISAM RAMLI berkata...

Apabila belanjawan defisit diamalkan memang susah untuk menabung.

Dapat gaji terus belanja sebab memang cukup makan.

Yang penting elakkan menambah hutang piutang, kurangkan hutang kad kredit dengan segera dan belajar urus kewangan.

Apapun peringatan sebegini memang perlu diingatkan sepanjang masa.

A Hakim berkata...

Saya rasa 10% adalah rendah.Sewajarnya menabung perlu 20% daripada gaji.Saya menyimpan lebih 20% daripada gaji bulanan saya dan isteri bagi setiap bulan,dengan simpanan saya terus ke akaun ASB.Itu adalah 'fixed cost' saya tiap-tiap bulan.'Overhead' saya adalah perbelanjaan harian.'Overhead' itu yang selalu 'variable' dan yang itu kita perlu pandai menguruskan wang atau mencari duit sampingan.'Fixed cost' tetap dibayar dulu.

Tanpa Nama berkata...

Bersetuju dgn Hakim dan rahisam. Yg penting kita byr diri kita sendiri. May be 70% drpd simpanan kita tu masukkan dlm ASB. Penuhkan ASB dulu. Lagi 30% simpanan tu boleh di letakkan di Unit Trust ke, LUTH, Kooperasi2 spt Felda, Risda, Koperasi Tentera dll untuk diversify pelaburan kita.

Bagi yg ingin mengetahui pengurusan kewangan yg betul sila layari http://www.asasteguh.blogspot.com

Unknown berkata...

Salam

Terima kasih kekawan semua. Ini yang best tulis blog. Dapat kenalan baru. Saya rasa kekawan yang komen kat posting kali ni pasti sudah mengamalkan tabungan 10%. Saya harap mesej ini turut sampai kepada mereka yang mengalami masalah kewangan.

Miepekan - thanks for visiting, your blog is also very interesting.

Sdn A Hakim - memang lagi tinggi lagi baik. Angka 10% hanya sebagai nilai 'absolute minimum' sahaja. Bagi mereka yang mempunyai 'belanjawan defisit' (seperti kata Sdr Rahisam), 10% pun memang liat. Jadi 10% boleh dijadikan sasaran awal.

en_me berkata...

thanx for d info.. salammmz

Tanpa Nama berkata...

10% untuk bayar pada diri sendiri...wujudkan bil untuk diri sendiri baru boleh simpan duit