Templeton pernah memberikan dua mutiara kata yang dengan jelas mendedahkan falsafah pelaburannya:
- Orang selalu bertanya saya di mana tinjauan paling baik, tetapi soalan ini kurang tepat. Soalan yang betul ialah di mana tinjauan paling malap.
- Masa untuk membeli ialah pada waktu keadaan paling malap dan masa untuk menjual ialah dalam keadaan paling optimistik.
Matthew Korea Fund mencatatkan prestasi paling buruk pada tahun 1997, tetapi pada tahun 1999 dana tersebut memberikan prestasi terbaik untuk menjana keuntungan lumayan buatnya.
Sementara itu, semasa peristiwa 911 pada tahun 2001, banyak saham syarikat penerbangan Amerika terjejas teruk kerana pelbagai sekatan yang dikenakan dan juga kebimbangan orang ramai untuk terbang.
Beliau telah membeli tiga saham iaitu American, Continental dan US Airways yang masing-masing menjana keuntungan 61, 72 dan 24 peratus dalam jangka pendek.
Berikut adalah enam daripada peraturan pelaburan utamanya:
- Beli saham berkualiti pada harga rendah
- Beli saham bukannya pasaran
- Pelbagaikan pelaburan anda
- Selidiki dan pantau pelaburan anda
- Belajar dari kesilapan
- Jangan bersikap terlalu negatif
Cuba tinjau industri yang mengalami kegawatan dan lihat sama ada terdapat saham undervalued berkualiti tinggi yang boleh dibeli pada harga rendah.
Kita akhir artikel dengan satu lagi mutiara kata beliau:
"Pasaran saham dilahirkan di dalam keadaan paling malap, berkembang di tengah-tengah keraguan, matang bersama keyakinan dan akhirnya mati di kemuncak kegilaan."
John Templeton ialah salah seorang daripada pelabur yang dipaparkan dalam buku saya Petua Pelabur Tersohor.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. Untuk perkhidmatan bimbingan peribadi, klik Bimbingan Peribadi.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.