Uruskan pelaburan anda dengan teliti dan simpan rekod dan catatan yang lengkap untuk mengira untung rugi bagi seluruh operasi saham anda, bukannya mengira secara ad hoc
Ramai pelabur saham, terutamanya pelabur baru, melabur dalam pasaran saham dengan mengira untung rugi saham individu yang dilaburkan sahaja dan tidak menjejak operasi pelaburan secara keseluruhannya.
Jika anda seorang pelabur yang serius tentang pelaburan, berikut adalah beberapa cadangan untuk menguruskan pelaburan anda sebagai satu portfolio.
1. Tentukan berapakah wang yang ingin anda laburkan. Contohnya RM50,000. Wang ini tidak patut digunakan untuk tujuan lain dan anda tidak bercadang untuk mengeluarkannya dalam tempoh terdekat.
2. Tetapkan berapakah peratus maksimum yang anda patut pegang untuk setiap saham. Contohnya jika 20%, ini bermakna anda hanya memperuntukkan maksimum RM10,000 untuk membeli satu saham dan tidak lebih daripada itu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pendedahan terlalu besar kepada satu saham.
3. Jika kenaikan harga berlaku dan satu saham melebihi tahap tersebut, anda boleh terus pegang sehinggalah anda membuat keputusan untuk menjualnya atau anda boleh jual sedikit sehingga ia turun kembali kepada peratus yang ditetapkan. Ini bergantung pada budi bicara anda.
4. Berasaskan keadaan pasaran saham secara keseluruhan dan juga situasi ekonomi, tentukan berapa banyak tunai dan berapa banyak saham yang hendak dipegang. Biasanya dalam pasaran di mana banyak saham adalah undervalued, tambahkan pegangan saham. Dalam keadaan pasaran amat tinggi, maka tambah pegangan tunai. Tunai tersebut adalah sebahagian daripada portfolio anda.
5. Simpan semua rekod urus niaga dan catatkan di dalam spreadsheet. Dividen yang diterima daripada saham juga patut dicatatkan. Pulangan keseluruhan bagi saham tersebut ialah untung + dividen. Berikut adalah contoh pengiraan.
6. Pada akhir setiap tahun, tentukan nilai pegangan saham anda berasaskan harga saham pada akhir tahun, kemudian campur dengan pegangan tunai. Bandingkannya dengan nilai pada tahun lepas dan anda akan memperolehi pulangan portfolio anda untuk tahun tersebut.
7. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengira pulangan terkompaun tahunan anda (annualised return atau compounded return) untuk menilai prestasi anda berbanding FBMKLCI, FBM Emas Shariah, Dana Unit Amanah, ASB dan Tabung Haji.
Dengan cara ini, anda sentiasa mempunyai gambaran tepat tentang kedudukan portfolio anda, dan turut mengambil kira kerugian anda. Ini membuatkan anda sedar bahawa walaupun anda mencatatkan untung hebat untuk beberapa saham, tetapi anda rugi dalam saham lain menyebabkan untung portfolio anda lebih sederhana.
Dengan pengiraan yang teliti, anda boleh membuat penilaian jujur terhadap diri sendiri dan mendapatkan gambaran yang tepat tentang keupayaan anda untuk melabur.
26 Oktober, 2014
20 Oktober, 2014
Hampir Mustahil Untuk Meramalkan Pasaran
Jika pelabur terkenal seperti Fisher, Buffett, Lynch dan Graham tidak boleh melakukannya, apa yang membuat kita yakin bahawa 'pakar ekonomi' atau 'pakar saham' lain boleh memberikan market outlook yang tepat?
Pergerakan pasaran saham hampir mustahil diramalkan dalam jangka pendek. Malah dalam jangka panjang pun sangat sukar melakukannya.
Namun disebabkan terdapat permintaan besar bagi unjuran seperti ini, ramai yang sanggup memberikan ramalan walaupun tahap ketepatannya hanya 50-50.
Saya pernah membaca dalam salah buku Ken Fisher mengenai penyelidikan yang dijalankan terhadap ramalan ''pakar'' dan "penganalisis". Akhirnya tiada seorang pun yang didapati mempunyai kemahiran meramalkan pasaran dengan tepat. Sebahagian besarnya 50-50 sahaja.
Ada segelintir pelabur pintar yang tahu pasaran overvalued atau undervalued secara umumnya, tetapi pakar sebenar ini akan mengaku bahawa mereka tidak tahu bila reversal akan berlaku, cuma mereka bersiap sedia dengan bijak untuk menghadapinya.
Tetapi ramai pedagang pasaran begitu obsesi dengan ramalan pasaran dengan harapan mendapat sedikit trading edge atau kelebihan tetapi mereka tidak sedar bahawa meramal pergerakan pasaran adalah hampir mustahil.
Sebaliknya adalah lebih baik untuk fokus pada harga dan nilai sesuatu saham. Jika anda boleh menganggarkan nilai sesuatu syarikat, dan anda tahu harganya, keputusan jual beli menjadi lebih mudah.
Untuk mengetahui nilai saham, tumpukan pada operasi syarikat tersebut. Jangan bimbang tentang kesan ekonomi terhadap pasaran saham, tetapi sebaliknya fokus kepada situasi ekonomi yang diunjurkan dalam tempoh mendatang dan kemudian fikirkan bagaimana ekonomi tersebut akan mempengaruhi syarikat.
Konsepnya amat mudah, tetapi yang susah ialah cara menilai syarikat. Kerja kali pertama mungkin memerlukan ilmu, usaha dan masa, tetapi selepas itu anda hanya perlu memantau perkembangan syarikat dari masa ke masa dan tak perlu memandang skrin saham setiap hari.
Ini bukan bermakna anda tidak harus mempunyai pandangan tentang pasaran secara keseluruhan, tetapi dari segi umum sahaja dan bukannya secara tepat.
Pandangan tentang pasaran boleh dirumuskan dengan menilai tahap harga berbanding nilai kebanyakan syarikat di pasaran. Selepas itu kita buat keputusan berapa banyak saham dan berapa banyak tunai yang harus dipegang. Ini adalah sebahagian daripada pengurusan portfolio dan akan saya bincangkan dalam posting akan datang.
Bagi saya proses pelaburan adalah simple sahaja. Fokus pada syarikat dan prestasinya dalam tempoh terdekat dan jangka panjang, selepas mengambil kira situasi ekonomi yang bakal dihadapi. Segala perkara lain, seperti kata orang putih, hanyalah noise.

shareinvestor.com.my

Label:
Ekonomi,
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham
15 Oktober, 2014
Kursus Asas Saham Cigku Saham
Bagi mereka yang baru belajar atau ingin tahu cara untuk mula berdagang saham, sertai kursus jom saham anjuran Cikgu Saham, guru saham wanita terkenal Malaysia yang telah ditemu ramah di Utusan Malaysia tempoh hari.
Beliau pernah melalui dua kemelesetan dan juga masa-masa pasaran hangat, dan akan mengingatkan anda bahawa ada masa untuk melabur dan ada masa untuk duduk diam. Katanya tak perlu terburu-buru sebab 'market hari-hari ada'.
Kursus ini amat sesuai kepada zero khowledge atau yang tiada apa-apa asas pelaburan saham diBursa Malaysia.
Siapa yang layak hadir:
TOPIK:

THE NOMAD SUCASA
JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR
1 NOV 2014
9.30 am - 1.00 pm
Kursus ini amat sesuai kepada zero khowledge atau yang tiada apa-apa asas pelaburan saham diBursa Malaysia.
Siapa yang layak hadir:
- Surirumah tangga yang ingin membuat pendapatan sampingan
- Pesara
- Pelajar diinstitut pengajian tinggi
- Sesiapa sahaja yang ingin tahu apa itu saham dan bagaimana untuk membuat keuntungan dipasaran saham Bursa Malaysia
TOPIK:
- Pengenalan saham
- Pendekatan Analisa Fundamental & Teknikal didalam membuat keputusan jual dan beli saham
- Bagaimana memohon saham IPO dan IPO MITI
- Perkara-perkara yang perlu diambil tahu oleh pelabur/trader didalam pelaburan saham Bursa Malaysia.
Yuran penyertaan: RM280 seorang
Sarapan pagi, minum pagi dan makan tgh secara buffet disediakan.
Sila layari cikgu saham.blogspot.com untuk melihat akitiviti2 yang diadakan dan hubungi azue88@gmail.com atau di talian 012-9150010 untuk tempahan dan keterangan lanjut.
Event ini dibawa khas oleh jomsaham.com, Triple Success Trading dan disokong oleh PM Securities Sdn Bhd.

Bengkel Saham
13 Oktober, 2014
Bengkel Saham 101 Tuan Zayed Zulkifli
Jika anda tidak tahu apa yang anda patut buat dengan saham anda yang dibeli pada harga tinggi tetapi jatuh merudum baru-baru ini, atau anda ada duit dan sedang menunggu masa paling sesuai untuk melabur, datanglah ke Bengkel Saham 101 Tuan Zayed Zulkifli. Beliau akan memberikan pencerahan tentang nilai sesuatu saham dan membantu anda membuat keputusan lebih bijak.
Bengkel Saham 101
- Mengenali ciri saham yang berkualiti
- Cara membaca laporan kewangan
- Kenali formula penilaian saham (intrinsic value)
- Tips elak melabur di kaunter yang menyebabkan kerugian
- Menjana pulangan pelaburan dengan cara selamat
- Pendapatan dividen secara berkala
Sila bawa laptop/notebook yang ada microsoft excel.
Tempat: PKNS Biz Point Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Jakel, Berhampiran UiTM)
Masa: 8.00am - 1.00pm.
Tarikh: 18/10/2014
Yuran: RM180
Pembayaran boleh dibuat:
CIMB - 8600718064 (Zayed bin Zulkifli)
Maybank - 158248021000 (Zayed bin Zulkifli)
Sila emailkan bukti pembayaran: zayed.zulkifli@gmail.com
Untuk keterangan lanjut: 013-3873-225 (Zayed) zayed.zulkifli@gmail.com

12 Oktober, 2014
Bajet 2015 - Insentif dan Kesan Bagi Individu
Insentif dan kesan belanjawan terhadap individu dan keluarga sepintas lalu
Bajet 2015 meneruskan lagi usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan bertukar kepada pemberian bantuan langsung. Ini adalah sebahagian daripada proses untuk mengurangkan defisit yang telah bermula sejak beberapa tahun lepas.
Seperti tahun-tahun lepas, saya akan menyenaraikan langkah untuk menambah hasil Kerajaan yang akan meningkatkan kos kepada pengguna dan juga insentif yang diberikan kepada individu yang diumumkan dalam Bajet 2015.
Langkah Meningkatkan Hasil Kerajaan
Ramai yang beranggapan bahawa GST akan menambah kos secara menyeluruh, tetapi perlu diingat bahawa sebelum ini pun ada cukai jualan dan perkhidmatan, yang kini digantikan dengan GST.
Cuma GST dikenakan di pelbagai peringkat dan memang akan menaikkan sedikit kos kebanyakan barangan tetapi ada sesetengah barang yang mana harga tidak naik atau mungkin turun disebabkan dikecualikan daripada GST. Senarai tersebut boleh didapati di akhbar tempatan.
Sementara itu, beberapa insentif diberikan bagi menggalakkan pemiilkan rumah pertama.
Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
Insentif Untuk Pelajar
Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, manakala pembayar pinjaman PTPTN diberi insentif.
Insentif Cukai
Insentif Penjawat Awam
Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.5% kepada 3.0% pada 2015, dengan matlamat mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020.
Di samping itu, nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah menyusut ke paras di bawah 53% pada Jun tahun ini berbanding 54.8% pada tahun lepas. Ini satu perkembangan yang baik. Walaupun nilai hutang meningkat sedikit, nisbahnya turun kerana peningkatan kukuh KDNK.
Diharapkan GST yang bakal dilaksanakan pada 2015 boleh meningkatkan lagi hasil dan terus mengurangkan kadar hutang. Saya tekankan sekali lagi bahawa pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi adalah sesuatu yang perlu atas pelbagai sebab yang pernah saya jelaskan dalam beberapa posting lama saya.
Sememangnya pengurangan subsidi dan pengenaan GST adalah sesuatu yang perit terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah tetapi perlu dilakukan demi kelestarian jangka panjang kewangan negara. Jika tidak dilaksanakan sekarang, masalah besar akan timbul pada masa hadapan, yang mana proses ini terpaksa dihadapi juga, tetapi dalam keadaan yang jauh lebih membebankan.
Tetapi kerajaan mesti mengurangkan pembaziran dan ketirisan perbelanjaan supaya rakyat boleh menerima pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi dengan hati lebih terbuka. Diharapkan insentif yang diberikan untuk golongan berpendapatan rendah dapat mengurangkan kesan proses rasionalisasi ini.
Nota: Jika ada insentif atau item relevan yang tertinggal atau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan saya.

- Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6% (GST) dilaksanakan mulai April 2015.
- Program subsidi akan terus disusun semula.
Hartanah
Saya tidak nampak sebarang perubahan dari segi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) pada tahun ini. Kalau begitu, RPGT adalah seperti tahun lepas.
- Bagi hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun, RPGT ialah 30%.
- Bagi hartanah yang dijual pada tahun ke-4 dan ke-5, RPGT ialah 20% dan 15% masing-masing.
- Selepas tahun ke-6, tiada RPGT dikenakan bagi individu; 5% bagi syarikat.
Sementara itu, beberapa insentif diberikan bagi menggalakkan pemiilkan rumah pertama.
- Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi rumah PR1MA ditambah daripada RM8,000 kepada RM10,000.
- Skim pembiayaan sewa beli diperkenalkan untuk mereka yang tidak dapat pinjaman bank.
- Pengecualian 50% duti setem sehingga 31 Disember 2016.
- Had pinjaman skim rumah pertama ditambah daripada RM400,000 kepada RM500,000.
- Had umur peminjam dinaikkan kepada 40 tahun.
Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
- BR1M kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 akan ditambah daripada RM650 kepada RM950.
- BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 ditambah daripada RM450 kepada RM750.
- Bagi individu bujang berusia 21 dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, BR1M akan ditambah daripada RM300 kepada RM350.
- Skim Khairat Kematian RM1,000 berkuat kuasa selama setahun.
Insentif Untuk Pelajar
Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, manakala pembayar pinjaman PTPTN diberi insentif.
- Baucar buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap seorang untuk pelajar pengajian tinggi.
- Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Rebat 10% bagi peminjam PTPTN yang membayar secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut pada 2015.
- Diskaun 20% bagi mereka yang membayar sepenuhnya menjelang 31 Mac 2015.
Insentif Cukai
- Kadar cukai pendapatan akan dikurangkan 1 hingga 3 peratus untuk semua kategori pembayar cukai. Perlu diingat tahun lepas juga cukai dikurangkan antara 1 hingga 3 peratus.
- Kesannya ialah individu berkeluarga dengan pendapatan hingga RM4,000 sebulan tidak dikenakan cukai.
Insentif Penjawat Awam
- Pesara akan menerima bantuan kewangan khas RM250.
- Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan dengan bayaran minimum RM500.
Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.5% kepada 3.0% pada 2015, dengan matlamat mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020.
Di samping itu, nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah menyusut ke paras di bawah 53% pada Jun tahun ini berbanding 54.8% pada tahun lepas. Ini satu perkembangan yang baik. Walaupun nilai hutang meningkat sedikit, nisbahnya turun kerana peningkatan kukuh KDNK.
Diharapkan GST yang bakal dilaksanakan pada 2015 boleh meningkatkan lagi hasil dan terus mengurangkan kadar hutang. Saya tekankan sekali lagi bahawa pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi adalah sesuatu yang perlu atas pelbagai sebab yang pernah saya jelaskan dalam beberapa posting lama saya.
Sememangnya pengurangan subsidi dan pengenaan GST adalah sesuatu yang perit terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah tetapi perlu dilakukan demi kelestarian jangka panjang kewangan negara. Jika tidak dilaksanakan sekarang, masalah besar akan timbul pada masa hadapan, yang mana proses ini terpaksa dihadapi juga, tetapi dalam keadaan yang jauh lebih membebankan.
Tetapi kerajaan mesti mengurangkan pembaziran dan ketirisan perbelanjaan supaya rakyat boleh menerima pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi dengan hati lebih terbuka. Diharapkan insentif yang diberikan untuk golongan berpendapatan rendah dapat mengurangkan kesan proses rasionalisasi ini.
Nota: Jika ada insentif atau item relevan yang tertinggal atau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan saya.
07 Oktober, 2014
Perancangan Untuk Menunaikan Haji
Walaupun bagi kebanyakan orang muda, perancangan kewangan mereka mengutamakan simpanan wang untuk berkahwin, membina rumah tangga dan membeli rumah, sedikit pertimbangan patut diberikan kepada rancangan untuk menunaikan Haji, iaitu rukun Islam kelima.
Sempena Hari Raya Haji kali ini, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat perancangan menunaikan ibadah Haji. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menunaikan Haji menerusi pakej muasasah Tabung Haji, dan sekurang-kurangnya RM18,000 jika menggunakan pakej swasta.
Lebih tinggi yang dibayar, lebih selesa pakej yang disediakan dari segi bilangan orang yang berkongsi bilik dan taraf bilik dan kemudahan yang disediakan.
Masalah dengan cara pertama ialah anda perlu menunggu giliran anda, dan jika anda baru sahaja mendaftar untuk nombor giliran baru-baru ini atau belum mendaftar, anda mungkin mendapati giliran anda berpuluh tahun lagi.
Pada pendapat saya, perjalanan menunaikan Haji ialah satu perjalanan paling penting dalam hidup yang memberikan pelbagai pengajaran. Justeru, jauh lebih banyak manfaat jika kita dapat menunaikan Haji pada usia yang muda, supaya pengajaran tersebut dapat diaplikasikan sepanjang hayat.
Untuk tujuan Haji, saya syorkan agar anda menabung dalam Tabung Haji sahaja, tak perlulah simpan dalam ASB dan sebagainya. Jika duit tersebut akan digunakan untuk menunaikan Haji, saya berpendapat kita perlu memastikan simpanan tersebut patuh syariah sepenuhnya.
Tidak perlu mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi dengan instrumen lain. Tabung secara beransur-ansur hingga sasaran anda dicapai.
Satu lagi cabaran selain daripada kewangan ialah faktor masa dan keluarga. Mungkin lebih senang apabila menunaikan Haji selepas bersara kerana kebanyakan tanggungjawab kita sudah selesai.
Tetapi kedua-dua cabaran ini boleh diselesaikan. Cuti boleh diambil dan kita boleh mencari penjaga sementara untuk anak-anak kita. Percayalah, anda akan kembali sebagai insan yang lebih baik selepas menghadapi segala kesukaran untuk merancang perjalanan anda.
Sesungguhnya Haji itu adalah kesusahan. Tetapi jika kesusahan itu diatasi supaya kita lebih dekat kepada Allah, maka kita akan menjadi lebih sabar, cekal, tabah dan berpandangan lebih luas.
Selain itu, kita akan melihat umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dan membuka mata kita bahawa cara kita bukan satu-satunya cara. Kita akan menghargai kepelbagaian bangsa dan manusia yang ada.
Sebagai seorang yang telah ke sana beberapa tahun lepas untuk menunaikan ibadah ini walaupun pada mulanya tidak merancang untuk melakukannya sehingga lewat usia, memang saya amat bersyukur kerana terpanggil ke sana pada umur lebih muda.
Ternyata bukan sahaja pengalaman tersebut membuka mata saya, tetapi mengubah pandangan dan matlamat hidup saya sama sekali.
Kesimpulannya ialah kalau boleh pergilah menunaikan Haji seberapa cepat yang mungkin, kerana manfaatnya bukan sahaja untuk akhirat, tetapi juga di dunia.
Peringatan: Jika mengumpul duit ke sana, gunakanlah wang dari sumber pendapatan yang halal. Malah lebih baik jika selepas memasang niat dan memulakan tabungan, anda cuba ketepikan sejauh mana yang mungkin sumber pendapatan yang tidak patuh syariah.
Menuju ke Masjidil Haram
Sempena Hari Raya Haji kali ini, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat perancangan menunaikan ibadah Haji. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menunaikan Haji menerusi pakej muasasah Tabung Haji, dan sekurang-kurangnya RM18,000 jika menggunakan pakej swasta.
Lebih tinggi yang dibayar, lebih selesa pakej yang disediakan dari segi bilangan orang yang berkongsi bilik dan taraf bilik dan kemudahan yang disediakan.
Bermalam di Muzdalifah
Wukuf di Arafah
Pada pendapat saya, perjalanan menunaikan Haji ialah satu perjalanan paling penting dalam hidup yang memberikan pelbagai pengajaran. Justeru, jauh lebih banyak manfaat jika kita dapat menunaikan Haji pada usia yang muda, supaya pengajaran tersebut dapat diaplikasikan sepanjang hayat.
Terowong menuju ke Jamrah
Untuk tujuan Haji, saya syorkan agar anda menabung dalam Tabung Haji sahaja, tak perlulah simpan dalam ASB dan sebagainya. Jika duit tersebut akan digunakan untuk menunaikan Haji, saya berpendapat kita perlu memastikan simpanan tersebut patuh syariah sepenuhnya.
Melontar Jamrah
Tidak perlu mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi dengan instrumen lain. Tabung secara beransur-ansur hingga sasaran anda dicapai.
Satu lagi cabaran selain daripada kewangan ialah faktor masa dan keluarga. Mungkin lebih senang apabila menunaikan Haji selepas bersara kerana kebanyakan tanggungjawab kita sudah selesai.
Tetapi kedua-dua cabaran ini boleh diselesaikan. Cuti boleh diambil dan kita boleh mencari penjaga sementara untuk anak-anak kita. Percayalah, anda akan kembali sebagai insan yang lebih baik selepas menghadapi segala kesukaran untuk merancang perjalanan anda.
Tawaf
Sesungguhnya Haji itu adalah kesusahan. Tetapi jika kesusahan itu diatasi supaya kita lebih dekat kepada Allah, maka kita akan menjadi lebih sabar, cekal, tabah dan berpandangan lebih luas.
Selain itu, kita akan melihat umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dan membuka mata kita bahawa cara kita bukan satu-satunya cara. Kita akan menghargai kepelbagaian bangsa dan manusia yang ada.
Saie
Sebagai seorang yang telah ke sana beberapa tahun lepas untuk menunaikan ibadah ini walaupun pada mulanya tidak merancang untuk melakukannya sehingga lewat usia, memang saya amat bersyukur kerana terpanggil ke sana pada umur lebih muda.
Ternyata bukan sahaja pengalaman tersebut membuka mata saya, tetapi mengubah pandangan dan matlamat hidup saya sama sekali.
Masjid Nabawi
Kesimpulannya ialah kalau boleh pergilah menunaikan Haji seberapa cepat yang mungkin, kerana manfaatnya bukan sahaja untuk akhirat, tetapi juga di dunia.
Peringatan: Jika mengumpul duit ke sana, gunakanlah wang dari sumber pendapatan yang halal. Malah lebih baik jika selepas memasang niat dan memulakan tabungan, anda cuba ketepikan sejauh mana yang mungkin sumber pendapatan yang tidak patuh syariah.
Langgan:
Catatan (Atom)