20 Mei, 2014

Lii Hen Undervalued Tetapi Dibelenggu Isu

Kemelut pengarah hantui syarikat yang mencatatkan prestasi mantap

Sekilas pandang, Lii Hen ialah sebuah syarikat yang kelihatan kukuh dan diperdagangkan pada harga yang nampak seperti berada di bawah nilai sebenarnya.

Prestasi operasi syarikat pengeluar perabot dari Muar ini memang baik dengan rekod keuntungan yang mantap, tetapi harga sahamnya tidak mencerminkan hakikat ini. Berikut adalah rekod pencapaian Lii Hern dalam tempoh lima tahun antara 2008 - 2012:

 Laporan Tahunan Lii Hen 2012
 
Berikut pula ialah keputusan syarikat untuk tahun kewangan 2013:
 
Laporan Suku Tahunan Lee Hern 31 Dis 2013
  
Seterusnya pula ialah prestasi harga saham untuk tempoh 5 tahun lepas:
 
Laman Web Bursa Malaysia
 
Daripada keputusan kewangan syarikat sejak beberapa tahun lepas, sememangnya Lee Hen kelihatan kukuh dengan prestasi operasi yang memberangsangkan. Semua ukuran nilainya mantap. 
 
Keputusan terbaru menunjukkan bahawa Lii Hen mencatatkan P/E lebih rendah pada 29.85 sen berbanding dengan 35.71 sen pada tahun kewangan lepas, tetapi prestasi ini tetap kukuh.
 
Pada harga semasa, iaitu RM1.80. syarikat diperdagangkan pada nisbah P/E 6 sahaja, menandakan syarikat ini sangat undervalued. Nilai aset bersih syarikat juga lebih tinggi daripada harganya, iaitu pada paras RM2.43. 
 
Pulangan dividen pula adalah lebih 8%, manakala kedudukan tunai syarikat sangat kukuh, dengan paras hutang yang rendah. Begitu juga keadaan lembaran imbangan kumpulan. Persoalannya ialah mengapa saham ini undervalued?
 
Jawapan terletak pada sejarah urus tadbir syarikat. Dua daripada  pengarah baru-baru ini dikenakan hukuman oleh SC kerana satu kesalahan manipulasi pada 2004. 
 
Selain itu komitmen syarikat ini terhadap ketelusan juga boleh dipersoalkan tahun lepas. Ini selain beberapa masalah lain yang timbul daripada kes 2004. Cuba lihat video Youtube ini:
 

 
Syarikat juga sedang menghadapi beberapa kes mahkamah yang sedang dibicarakan, walaupun saya tidak fikir perkara ini akan menjejaskan operasinya.
 
Selain itu, satu kebakaran telah berlaku di salah satu kilang syarikat pada 3 April lepas, yang berpotensi menjejaskan pengeluaran syarikat dalam tempoh terdekat, walaupun semua peralatan yang musnah telah diinsuranskan.
 
Bagi saya, pelabur perlu mempertimbangkan faktor pro dan kontra antara operasi syarikat yang kukuh dengan ketelusan para Pengarah dari segi urus tadbir syarikat. Walau apa pun, sila tunggu laporan suku tahunan akan datang, yang bakal diumumkan tidak lama lagi, sebelum membuat keputusan.
 
Sila layari forum mengenai Lii Hen di i3investor.com untuk maklumat lanjut tentang permasalahan Lii Hen dan anda akan mendapati dua kumpulan, satu mempunyai pandangan positif dan satu lagi negatif terhadap syarikat. 
 
Nota:  Sebab utama wujud peluang seperti ini ialah kerana timbul masalah. Jika tiada masalah, sudah tentu harga saham diperdagangkan pada P/E lebih kurang 10 atau lebih.
 
Terpulang pada pelabur untuk menentukan sama ada kekuatan operasi boleh mengatasi masalah, atau masalah akan menyebabkan kelemahan operasi pada masa depan. Pertimbangan seperti ini dan ketidakpastian yang wujud adalah antara faktor yang membuatkan saya tertarik dengan bidang pelaburan.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Terima kasih tuan atas ulasan yg ringkas dan mudah difahami. Semoga tuan sekeluarga diberkati..

Sekian. :)

Tanpa Nama berkata...

visit http://www.tropicalroofing.sto.my/
for metal deck roofing, polycarbonate sheet, insulated metal panel and home improvement.