Saham bukan untuk semua tetapi semua orang boleh melabur dalam saham
Sekarang ini terdapat semakin banyak kursus dan seminar tentang saham, untuk pelabur baru dan lama, yang mengajar pelbagai jenis teknik pelaburan. Semakin ramai yang mula menunjukkan minat terhadap saham mungkin kerana kenaikan ketara indeks sejak lima tahun lepas.
Tetapi bukan semua orang patut melabur secara langsung dalam pasaran saham. Bagi sesetengah orang, cara yang lebih baik adalah melabur menerusi unit amanah, atau secara khususnya dana ekuiti.
Unit amanah sebenarnya bukan saham dalam erti kata sebenar. Sebaliknya ia merupakan unit dalam dana yang membuat pelaburan dalam pelbagai instrumen pelaburan, termasuklah saham. Manakala dana ekuiti pula ialah unit amanah yang melabur sebahagian besar daripada dananya dalam saham.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan saham dan sedang menimba ilmu dalam bidang ini, melabur terus di pasaran bukan satu-satunya cara, dan mungkin bukan cara terbaik untuk melabur dalam saham.
Dalam tujuh keadaan berikut, mungkin unit amanah dalam bentuk dana ekuiti lebih sesuai bagi anda berbanding saham.
1. Tiada masa untuk membuat analisis. Ada sesetengah pelabur baru berpendapat bahawa mendengar nasihat atau mendapat tips daripada pelabur berpengalaman, broker atau menerusi Group FB sudah cukup. Tetapi hakikanya ialah jika anda tidak tahu atau tidak ada masa untuk membuat analisis, lebih baik untuk melabur dalam saham menerusi dana ekuiti. Saya ingin tekankan bahawa walaupun anda boleh menerima tips daripada orang lain, anda tetap perlu melakukan penyelidikan anda sendiri.
2. Ingin melabur secara bulanan. Unit amanah ialah pelaburan terbaik jika anda ingin melabur secara bulanan dalam jumlah yang kecil. Kaedah ini dinamakan Dollar Cost Averaging atau purata kos ringgit. Anda boleh membuat autodebit secara terus dari akaun anda. Kaedah ini tidak memerlukan disiplin yang tinggi kerana potongan dilakukan secara automatik, memastikan anda melabur secara konsisten setiap bulan.
3. Mahukan pelaburan dalam portfolio yang terpelbagai dengan jumlah pelaburan kecil. Apabila anda melabur dalam saham, anda perlu bijak memilih beberapa saham dengan ciri tertentu dan sektor tertentu untuk mempelbagaikan pelaburan. Malah mempelbagaikan pelaburan hanya boleh dilakukan dengan jumlah wang pelaburan yang lebih besar. Menerusi unit amanah, anda mempelbagaikan pelaburan walaupun anda melabur hanya RM1,000.
4. Mahu memanfaatkan pengalaman pengurus dana profesional. Syarikat pengurus dana mempunyai pasukan pengurusan professional yang berkelayakan dalam bidang masing-masing. Walaupun mereka mengenakan yuran untuk menguruskan dana, tetapi kepakaran mereka ada manfaatnya. Anda boleh mengkhusus dalam kepakaran anda untuk menjana pendapatan, dan menggunakan khidmat pengurus profesional yang pakar dalam bidang beliau untuk menguruskan wang anda.
5. Berpuas hati dengan pulangan terkompaun tahunan antara 8 - 12% dalam dalam jangka panjang. Jangka panjang yang saya maksudkan ialah tempoh 10 tahun atau lebih. Pulangan tersebut adalah amat memuaskan. Sesetengah dana ekuiti mampu mencatatkan pulangan antara 12 - 18% terkompaun tahunan dalam tempoh lebih singkat seperti lima tahun, tetapi biasanya tempoh ini merangkumi tempoh kenaikan ketara pasaran secara keseluruhan dan tidak mengambil kira fasa kejatuhan yang pasti berlaku dalam selang masa 10 tahun.
6. Terlalu gementar apabila pasaran saham turun naik dengan ketara. Memandangkan ciri pasaran saham yang agak volatile, penglibatan terus di dalamnya mungkin tidak begitu sesuai untuk semua kerana sesetengah orang mungkin asyik memikirkan pelaburan mereka, terutamanya apabila pasaran jatuh. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, kaedah Dollar Cost Averaging yang saya terangkan di atas adalah lebih sesuai untuk anda.
7. Sudah dua tahun melabur dan rugi sedangkan indeks pasaran saham naik. Bukan semua orang boleh menguasai bidang pelaburan saham, seperti bukan semua orang boleh menjadi doktor atau akauntan. Kita patut terima had keupayaan kita. Perkara yang menarik tentang pelaburan ialah anda masih boleh memanfaatkan untung yang diraih oleh syarikat perniagaan besar dengan melabur menerusi unit amanah.
Tetapi satu perkara penting apabila melabur dalam unit amanah ialah pemilihan dana. Pilihlah dana yang mencatatkan prestasi kukuh dan yang diuruskan oleh syarikat unit amanah mantap, dengan rekod pencapaian terbukti. Ini tidak menjanjikan pulangan terbaik, tetapi berpotensi memberikan anda pulangan yang memuaskan, pada risiko yang lebih rendah.
Nota: Untuk maklumat terperinci tentang unit amanah dan cara memilih dana yang paling sesuai untuk anda, dapatkan buku Panduan Pelaburan Unit Amanah, yang diterbitkan oleh Truewealth Publications.
22 April, 2014
10 April, 2014
Jangan Beli 9 Jenis Saham atau Waran Berikut
Mengetahui ciri saham yang patut dielakkan juga penting dalam pelaburan
Menurut Warren Buffett, mengelakkan kerugian adalah faktor paling penting yang harus diberi tumpuan apabila kita melabur. Sejajar dengan nasihat ini, terutamanya dalam pasaran yang hangat masa kini, saya cadangkan agar pelabur yang melabur berasaskan fundamentals (nilai asas) berhati-hati dan mengelakkan saham dan waran dengan 9 ciri berikut:
1. Saham dengan nisbah P/E lebih tinggi daripada 20 dan tiada prospek untuk meningkatkan untung dalam tempoh 1 hingga 3 tahun akan datang. Lebih teruk lagi jika keuntungan dijangka merosot kerana lazimnya P/E yang tinggi hanya boleh disokong keuntungan yang bertambah pada masa depan.
2. Saham yang untungnya terumbang-ambing tetapi sering dimainkan oleh spekulator. Saham spekulatif biasanya mencatatkan kenaikan dan penurunan harga yang ketara. Ini bukan padang permainan pelabur fundamental.
3. Saham dengan Nilai Aset Bersih (NTA/Book Value) yang terlalu rendah atau bernilai negatif. Walaupun harganya sangat murah, margin for error bagi pelabur adalah terlalu rendah. Pengecualiannya ialah jika anda benar-benar yakin bahawa syarikat tersebut boleh dipulihkan.
4. Saham berstatus PN17. Sebenarnya ada beberapa sebab syarikat dimasukkan sebagai status PN17, termasuklah NTA negatif seperti di atas, tetapi walau apa pun sebabnya, kita jauhkan diri. Tinggalkan saham PN17 kepada mereka yang mengkhusus dalam saham sedemikian.
5. Saham SPAC sehingga ia mempunyai perniagaan dan pendapatan yang stabil. Bagaimana untuk melabur berasaskan nilai asas sekiranya masih belum ada operasi untuk dinilai? Seperti saham PN17, biarkan mereka yang mengkhusus dalam bidang ini dan yang mengenali penganjur SPAC untuk melabur di dalamnya.
6. Syarikat dengan paras hutang yang terlalu tinggi. Biasanya nisbah hutang ekuiti lebih tinggi daripada 1 sudah mencapai takat membimbangkan (bagi saya lebih daripada 0.5 pun saya tak berapa suka). Kita patut jauhkan melainkan terdapat sebab munasabah mengapa syarikat tersebut memerlukan hutang yang tinggi.
7. Syarikat yang corak pendapatannya tidak dapat diramalkan dengan konsisten dan sering bertukar ganti antara tahun untung dan tahun rugi. Mungkin ada cara untuk meraih untung menerusi timing dengan syarikat ini, tetapi kita sebagai pelabur kecil dan 'outsider' tidak ada maklumat lebih terperinci tentang situasi syarikat. Justeru syarikat seperti ini patut diabaikan, walaupun harganya rendah.
8. Waran panggilan. Pada asasnya waran panggilan adalah instrumen spekulasi semata-mata dan memang tidak patuh syariah. Abaikan walau apa pun saham induknya.
9. Waran yang sudah hampir tarikh luput dan harga laksananya adalah lebih tinggi daripada harga saham induk. Dalam keadaan ini, waran mungkin masih ada harga, walaupun ia tersangat rendah. Kita elakkan walaupun untung besar dapat diraih sekiranya saham induknya tiba-tiba naik sebelum waran luput.
Dengan mengelakkan saham seperti di atas, kita sebenarnya mengawal dan mengehadkan risiko kita. Tidak dinafikan ada situasi di atas di mana untung boleh diraih, tetapi apa gunanya ambil risiko tinggi sedangkan terdapat banyak lagi peluang lain untuk meraih untung dengan risiko yang terkawal.

Label:
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham
Langgan:
Catatan (Atom)