Perbezaan ini tidak mungkin kekal dalam jangka masa sangat panjang
Baru-baru ini indeks komposit FBM KLCI, yang merupakan indeks penanda aras bagi Bursa Malaysia. telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah, dengan mencecah paras lebih 1670 mata.
FBM KLCI sebenarnya terdiri daripada 30 saham bermodal terbesar di Bursa Malaysia. Justeru, ia mewakili hanya sebahagian kecil daripada semua saham yang diperdagangkan di pasaran saham Malaysia.
Selain itu, saham-saham dalam indeks inilah yang paling banyak dimiliki oleh institusi pelaburan besar tempatan dan juga asing, termasuklah PNB, KWSP, Khazanah Nasional dan lain-lain.
Tetapi apabila kita meninjau lebih dekat, kita dapat terdapat jurang yang agak ketara antara pergerakan FBM KLCI dan juga FBM Small Cap. FBM Small Cap ialah semua saham selain daripada 100 saham bermodal terbesar.
Kita tinjau Carta 5 tahun FBM KLCI
Berbanding Carta 5 tahun FBM Small Cap
Daripada kedua-dua carta ini kita dapat lihat FBM Small Cap telah mencapai kemuncak pada bulan Januari 2012 sedangkan FBM KLCI terus naik sehingga mencecah dan memecahkan rekod akhir bulan lepas.
Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa pasaran Malaysia disokong dengan kenaikan 30 saham bermodal terbesar. Adakah ini sokongan pelabur institusi tempatan atas sebab tertentu atau mungkin kerana pelabur asing memasuki Malaysia? Hakikatnya ialah perbezaan antara kedua-duanya tidak mungkin kekal.
Menurut Ken Fisher, saham bermodal kecil dan saham bermodal besar biasanya akan mengalami tempoh tertentu di mana satu daripadanya mengatasi yang lain, tetapi dalam jangka yang sangat panjang, pulangan yang diberikan oleh kedua-duanya adalah sama.
Maka, jurang ini akan ditutup sama ada dengan kejatuhan satu indeks atau kenaikan lebih besar indeks yang lain dalam jangka panjang.
Melihatkan situasi ini, pelabur perlu prihatin dengan keadaan semasa, di mana apa yang sudah naik pada masa kini tidak mungkin akan terus naik pada masa depan, terutamanya jika penilaiannya sudah berada di paras yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan