14 Februari, 2011

QL Resources Boleh Terus Naik?

Syarikat sangat kukuh, tapi harga saham agak tinggi

Hari ini kita tinjau QL Resources atas permintaan seorang pembaca. Sejak dari mula saya meninjau Syarikat ini, saya dapati memang syarikat yang mantap.

QL Resources ialah sebuah syarikat berasaskan pertanian yang terlibat dalam tiga cabang perniagaan yang utama:
  1. Pengilangan produk marin - makanan ikan, surimi dan ikan air dalam
  2. Pengilangan dan penapisan produk kelapa sawit
  3. Makanan binatang ternakan
Hakikatnya ialah perniagaan syarikat dalam makanan ikan, ternakan dan komoditi adalah 'hot' sekarang terutamanya dengan kenaikan harga yang berlaku kebelakangan ini.

Baru-baru ini syarikat telah melaksanakan pecahan saham (share split)t 2 untuk 1 dan biasanya dengan pecahan saham sebegini, pelabur akan menggandakan bilangan saham dipegang manakala harga akan jatuh sebanyak separuh. Selain itu, syarikat juga melakukan private placement untuk kira-kira 20 juta saham lagi

Berikut adalah Pertumbuhan EPS Syarikat (sen) berasaskan laporan tahunan bagi tahun berakhir 31 Mac 2010 sebelum mengambil kira pecahan saham:

TK - 06 07 08  09  10
EPS 13 16  20  23  27 

Perlu diingat, untuk perbandingan dengan tahun 2011, angka EPS di atas perlu didarabkan dengan 0.49. untuk mengambil kira saham tambahan yang wujud menerusi pecahan saham dan private placement

Keputusan terbarunya untuk separuh tahun berakhir Sep 10 ialah 15.28 sen, dan ini menunjukkan bahawa syarikat berpotensi mencatatkan EPS sekurangnya 32 sen untuk seluruh tahun (menurut penyelidikan MIB). Aset ketara bersihnya atau NTA ialah RM1.40.

Namun begitu, memandangkan modal saham telah bertambah berikutan dengan pecahan saham dan private placement, angka EPS di atas perlu didarabkan dengan 0.49.

Ini bermakna pada harga penutup hari ini sebanyak RM3.15, saham diperdagangkan pada Forward P/E lebih kurang 20. Ini adalah paras P/E yang agak tinggi bagi saya.

Namun begitu P/E yang tinggi sebegini masih tidak nenjadi masalah jika syarikat dapat berkembang dengan pantas pada masa depan.  Satu faktor yang memihak kepadanya ialah ROE pada 2009 dan 2010 pada paras kira-kira 23% yang agak tinggi dan mungkin membolehkan syarikat mencapai pertumbuhan yang diharapkan

Carta QL Resources untuk tempoh 5 tahun lepas (selepas harga dilaraskan untuk pechan saham)



Dipetik daripada Bursastation

Daripada carta kita dapat lihat bahawa harga saham telah naik dengan ketara. Jika anda beli saham ini setahun atau dua tahun lepas, sudah tentu anda akan meraih untung yang tinggi.

Jika anda beli sekarang, anda perlu mengharapkan bahawa syarikat akan terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi, sama ada menerusi pengembangan perniagaan atau kenaikan harga komoditi yang berterusan, untuk merealisasikan untung anda.

Harganya telah naik melebihi target price yang ditetapkan oleh hampir semua Research House  pada separuh kedua tahun lepas.

Ternyata QL Resources ialah sebuah syarikat yang cemerlang. Tetapi adakah harganya berpatutan?  Jawapannya ialah mungkin, dengan syarat syarikat dapat mengembangkan untungnya dengan pantas.  Jika untung meningkat sedikit sahaja setiap tahun atau jatuh sedikit, kemungkinan besar saham ini akan mendatar atau jatuh.

Maka keputusan anda bergantung kepada berapa yakin anda terhadap kebolehan syarikat meningkatkan untung. Saya tidak nampak margin of safety di sini.  Kalau keuntungan naik tiada masalah, kalau tidak mungkin ada risiko kejatuhan.

4 ulasan:

Asrul berkata...

Ulasan yang baik mengenai QL. Saya pun berminat untuk membeli QL juga sebelum ni sebab remisier saya ada rekomenkan saham ini disebabkan kekukuhan syarikat ini. Akan tetapi saya merasa tawar hati untuk membeli QL buat masa sekarang apabila mendapat penjelasan yang lanjut dari blog tuan ini.

Remisier saya juga ada mencadangkan untuk membeli saham Benalec, katanya saham ini sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang. Apa kata tuan mengenai saham ini yang baru sahaja diterbitkan awal tahun ini?

Tanpa Nama berkata...

berdasarkan perolehan terkumpul Q3-2010, ia sudah mencapai melebihi sasaran YoY. jadi, anggaran perolehan 2010 mungkin melebih perolehan 2009.

Unknown berkata...

Salam Asrul, Tanpa Nama

Seperti yang saya nyatakan alam posting, ada potensi naik, tetapi dengan syarat untung akan naik dengan ketara dalam tempoh terdekat. Jadi keputusan anda hendaklah bergantung sama ada syarikat mampu melakukannya.

Perolehan syarikat hampir pasti lebih tinggi daripada tahun lepas, cuma pertumbuhannya tidak setinggi kenaikan harga mendadak yang telah berlaku sejak dua tahun lepas. Jika pertumbuhan dapat naik pada kadar yang lebih pantas, rasanya ok, tapi kalau tidak ada risiko penurunan.

Unknown berkata...

Salam Asrul

Benalec adalah saham IPO yang baru sahaja diterbitkan...sukar untuk membuat analisis berasaskan prospektus.

Saya lebih suka tunggu sehingga ada rekod pencapaian sekurang-kurangya setahun atau dua tahun.