Strategi paling mudah untuk tingkatkan produktiviti peribadi
Saya ada membaca dan mendengar ceramah beberapa tokoh yang berjaya dalam bidang berbeza dan saya dapati mereka ada beberapa persamaan. Salah satu daripadanya ialah merancang hari esok pada waktu malam.
Pertama sekali perancang ini membolehkan kita mengatur hari kita dengan baik dan meletakkan keutamaan dan masa kepada tugasan kita. Perancangan ini bukan sahaja terhad kepada kerja tetapi juga perkara lain dalam kehidupan, termasuk kehidupan keluarga.
Media yang digunakan tidak penting. Saya sendiri menggunakan Microsoft Outlook. Ramai orang masih menggunakan dairi atau organizer tetapi ada yang hanya menggunakan kertas kosong sahaja tetapi melakukannya secara konsisten. Malah Derek Gehl, pakar dalam bidang Pemasaran Internet mendakwa dia melakukannya dengan menulis di atas kertas kosong setiap hari.
Bukan kecanggihan sistem yang anda gunakan yang menentukan kejayaan, tetapi keupayaan anda memenuhi setiap perkara yang telah anda rancang, mengikut susunan keutamaan. Jika kita berdisiplin dan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan segala yang kita rancang, tidak kira pukul berapa siap, maka kita akan menjadi jauh lebih produktif.
Dalam sesuatu hari kita mungkin melakukan banyak perkara yang membuang masa dan sia-sia. Sebagai contoh, mungkin ada di mana hari kita banyak membuang masa melayari Internet dan akhirnya menghabiskan segala yang dirancang lewat, sehingga lepas tengah mala, menyebabkan kita letih..
Pada masa depan, untuk mengelakkan keletihan, kita akan 'belajar' untuk menggunakna masa kita dengan lebih bijak supaya dapat segala tugasan kita dengan lebih awal.
Selain daripada proses perancangan, usaha 'no compromise' untuk menghabiskan segala yang dirancang dalam sehari akan mendisiplinkan kita untuk menjadi lebih produktif.
Walau apa pun, kita perlu akur bahawa dalam sehari ada banyak perkara tidak diduga boleh berlaku yang tiada dalam perancangan asal. Maka jika ini berlaku, tangguhkan perkara yang tidak begitu penting ke hari esok tetapi hanya jika ia benar-benar sesuatu yang tidak diduga dan selepas anda telah cuba juga untuk menghabiskan segala yang telah anda rancang.
Nota: Tidak ada maklumat baru dalam tulisan ini. Tetapi saya mengulanginya juga untuk mengingatkan diri saya sendiri kerana walaupun konsepnya begitu mudah, adalah amat sukar untuk diamalkan secara konsisten dan berdisiplin, sedangkan manfaatnya begitu besar dan boleh menjadi penentu keberkesanan dan kejayaan seseorang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan