Mengulang kaji tentang waran dan pergerakan harganya
Saya pernah menulis tentang waran dalam posting terdahulu bertajuk Waran Saham. Rencana tersebut boleh dibaca untuk mendapatkan kefahaman lanjut tentang waran.
Berikut adalah soalan daripada pembaca tentang waran.
Apa itu warrant, ex-price dan apa kena-mengena dengan sahamnya? Contoh Prestar-WA (0.0450). Ex-price (0.750), manakala saham Prestar (0.505). Boleh terangkan, jika tiada kesulitan.
Waran ialah hak (tetapi bukan kewajipan) untuk membeli saham sesuatu syarikat pada tarikh laksana. Apabila anda membeli waran, anda menerima hak untuk membeli saham syarikat pada harga laksana dan tarikh laksana yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Justeru, seseorang yang membeli sesuatu waran dan memegangnya sehingga tarikh laksana berpotensi untung atau rugi bergantung kepada harga sebenar saham tersebut pada tarikh laksana.
Ex-Price atau Exercise Price ialah harga laksana. Manakala Ex-Date atau Exercise Date ialah tarikh laksana.
Berasaskan soalan, Harga Prestar-WA ialah 0.0450. Ini bermakna anda boleh menjual beli waran tersebut di pasaran pada harga itu. Jika ex-price ialah 0.75 ini bermakna anda berhak untuk membeli saham Prestar pada harga 0.75 sen pada Ex-Date.
Namun begitu, harga Prestar hanyalah 0.505 sen. Ini bermakna waran ini berada di bawah harga laksana atau out of the money. Dengan kata lain, jika harga saham tidak berubah sehinggalah tarikh laksana, anda sudah tentu tidak akan melaksanakan waran ini (iaitu menunaikan hak anda untuk membeli saham Prestar) pada harga 0.75 kerana anda akan rugi sebanyak 0.245.
Pendek kata nilai waran anda, dari segi nilai asas adalah sifar kerana ex-price lebih tinggi daripada harga saham.
Tetapi kenapa waran masih ada nilainya, iaitu 0.045, kalau pada asasnya, ia out of the money. Sebabnya terletak pada nilai masa atau time value. Ini kerana selagi waran belum dilaksanakan, masih ada harapan bahawa saham akan naik lebih tinggi daripada ex-price.
Jika kita lihat waran Prestar, ex-date ialah 12/07/11, ini bermakna ada masa 5 bulan lagi sebelum tarikh laksana dan masih ada kebarangkalian, walaupun sedikit, bahawa harga saham akan naik lebih tinggi daripada ex-price. Justeru selagi ex-date belum tiba, waran yang out of the money masih ada nilai yang dinamakan nilai masa.
Untuk maklumat lebih menyeluruh tentang waran, klik posting saya yang terdahulu bertajuk Waran Saham.
17 Februari, 2011
14 Februari, 2011
QL Resources Boleh Terus Naik?
Syarikat sangat kukuh, tapi harga saham agak tinggi
Hari ini kita tinjau QL Resources atas permintaan seorang pembaca. Sejak dari mula saya meninjau Syarikat ini, saya dapati memang syarikat yang mantap.
QL Resources ialah sebuah syarikat berasaskan pertanian yang terlibat dalam tiga cabang perniagaan yang utama:
Baru-baru ini syarikat telah melaksanakan pecahan saham (share split)t 2 untuk 1 dan biasanya dengan pecahan saham sebegini, pelabur akan menggandakan bilangan saham dipegang manakala harga akan jatuh sebanyak separuh. Selain itu, syarikat juga melakukan private placement untuk kira-kira 20 juta saham lagi
Berikut adalah Pertumbuhan EPS Syarikat (sen) berasaskan laporan tahunan bagi tahun berakhir 31 Mac 2010 sebelum mengambil kira pecahan saham:
TK - 06 07 08 09 10
EPS 13 16 20 23 27
Perlu diingat, untuk perbandingan dengan tahun 2011, angka EPS di atas perlu didarabkan dengan 0.49. untuk mengambil kira saham tambahan yang wujud menerusi pecahan saham dan private placement
Keputusan terbarunya untuk separuh tahun berakhir Sep 10 ialah 15.28 sen, dan ini menunjukkan bahawa syarikat berpotensi mencatatkan EPS sekurangnya 32 sen untuk seluruh tahun (menurut penyelidikan MIB). Aset ketara bersihnya atau NTA ialah RM1.40.
Namun begitu, memandangkan modal saham telah bertambah berikutan dengan pecahan saham dan private placement, angka EPS di atas perlu didarabkan dengan 0.49.
Ini bermakna pada harga penutup hari ini sebanyak RM3.15, saham diperdagangkan pada Forward P/E lebih kurang 20. Ini adalah paras P/E yang agak tinggi bagi saya.
Namun begitu P/E yang tinggi sebegini masih tidak nenjadi masalah jika syarikat dapat berkembang dengan pantas pada masa depan. Satu faktor yang memihak kepadanya ialah ROE pada 2009 dan 2010 pada paras kira-kira 23% yang agak tinggi dan mungkin membolehkan syarikat mencapai pertumbuhan yang diharapkan
Carta QL Resources untuk tempoh 5 tahun lepas (selepas harga dilaraskan untuk pechan saham)
Daripada carta kita dapat lihat bahawa harga saham telah naik dengan ketara. Jika anda beli saham ini setahun atau dua tahun lepas, sudah tentu anda akan meraih untung yang tinggi.
Jika anda beli sekarang, anda perlu mengharapkan bahawa syarikat akan terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi, sama ada menerusi pengembangan perniagaan atau kenaikan harga komoditi yang berterusan, untuk merealisasikan untung anda.
Harganya telah naik melebihi target price yang ditetapkan oleh hampir semua Research House pada separuh kedua tahun lepas.
Ternyata QL Resources ialah sebuah syarikat yang cemerlang. Tetapi adakah harganya berpatutan? Jawapannya ialah mungkin, dengan syarat syarikat dapat mengembangkan untungnya dengan pantas. Jika untung meningkat sedikit sahaja setiap tahun atau jatuh sedikit, kemungkinan besar saham ini akan mendatar atau jatuh.
Maka keputusan anda bergantung kepada berapa yakin anda terhadap kebolehan syarikat meningkatkan untung. Saya tidak nampak margin of safety di sini. Kalau keuntungan naik tiada masalah, kalau tidak mungkin ada risiko kejatuhan.

- Pengilangan produk marin - makanan ikan, surimi dan ikan air dalam
- Pengilangan dan penapisan produk kelapa sawit
- Makanan binatang ternakan

Dipetik daripada Bursastation
Daripada carta kita dapat lihat bahawa harga saham telah naik dengan ketara. Jika anda beli saham ini setahun atau dua tahun lepas, sudah tentu anda akan meraih untung yang tinggi.
Jika anda beli sekarang, anda perlu mengharapkan bahawa syarikat akan terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi, sama ada menerusi pengembangan perniagaan atau kenaikan harga komoditi yang berterusan, untuk merealisasikan untung anda.
Harganya telah naik melebihi target price yang ditetapkan oleh hampir semua Research House pada separuh kedua tahun lepas.
Ternyata QL Resources ialah sebuah syarikat yang cemerlang. Tetapi adakah harganya berpatutan? Jawapannya ialah mungkin, dengan syarat syarikat dapat mengembangkan untungnya dengan pantas. Jika untung meningkat sedikit sahaja setiap tahun atau jatuh sedikit, kemungkinan besar saham ini akan mendatar atau jatuh.
Maka keputusan anda bergantung kepada berapa yakin anda terhadap kebolehan syarikat meningkatkan untung. Saya tidak nampak margin of safety di sini. Kalau keuntungan naik tiada masalah, kalau tidak mungkin ada risiko kejatuhan.
Label:
Pelaburan Saham
10 Februari, 2011
CIMB-i Dali Equity Growth Catat Prestasi Cemerlang
Antara Dana Islam terbaik dengan pulangan 5 tahun yang melebihi 100%
Salah satu dana unit amanah yang mendapat perhatian saya ialah CIMB Islamic Dali Equity Growth yang mencatatkan prestasi yang cemerlang dan telah menggandakan wang anda jika anda membeli dan memegangnya sepanjang tempoh 5 tahun yang lepas.
Sedikit latar belakang mengenai Dana:
Jenis Dana - Ekuiti
Objektif Dana - Pertumbuhan modal
Jenis Pelabur - Mengambil risiko sederhana dan melabur untuk jangka pertengahan hingga panjang
Yuran Dana - Maksimum 6.5% tetapi lazimnya lebih rendah sedikit.
Penanda Aras* - Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah
Walaupun dana ini bukanya yang terbaik dalam mana-mana satu tempoh masa, tetapi prestasinya yang konsisten untuk seluruh julat tempoh masa penilaian menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu dana yang paling mantap.
Berikut adalah prestasinya untuk tempoh antara 3 bulan hingga 5 tahun berasaskan Jadual Dana The Edge Lipper:
3 bln - 6 bln -1 thn -- 3 thn --5 thn
8.00 | 18.88 | 23.94 | 19.75 | 107.98
Pulangan terkompaunnya untuk tempoh 5 tahun ialah kira-kira 16.86% (Data Bloomberg)
Prestasinya berbanding penanda aras sehingga 2009, (data carta hanya boleh didapati setakat 2009 sahaja dalam prospektus)
Berikut adalah carta pergerakan:
Perhatian bahawa carta ini hanya menunjukkan pergerakan harga dan bukannya pulangan sebenar yang dikira berasaskan Jadual Dana Lipper, kerana Jadual Dana Lipper turut mengambil kira pembayaran dividen dan pelaburan semula dividen tersebut.
Kejatuhan pasaran kebelakangan ini mungkin membuka peluang kepada pelabur untuk membeli dana. Untuk mengelakan diri daripada salah 'timing', pelabur boleh pecahkan pelaburan kepada jumlah lebih kecil dan melabur secara bulanan.
*Penanda Aras ialah indeks yang menjadi ukuran relatif prestasi dana

Dipetik daripada Prospektus CIMB
Berikut adalah carta pergerakan:
CIMB-i Dali Equity Growth
Dipetik daripada Bloomberg
Perhatian bahawa carta ini hanya menunjukkan pergerakan harga dan bukannya pulangan sebenar yang dikira berasaskan Jadual Dana Lipper, kerana Jadual Dana Lipper turut mengambil kira pembayaran dividen dan pelaburan semula dividen tersebut.
Kejatuhan pasaran kebelakangan ini mungkin membuka peluang kepada pelabur untuk membeli dana. Untuk mengelakan diri daripada salah 'timing', pelabur boleh pecahkan pelaburan kepada jumlah lebih kecil dan melabur secara bulanan.
*Penanda Aras ialah indeks yang menjadi ukuran relatif prestasi dana
Label:
Unit Amanah
07 Februari, 2011
Stop Loss: Pandangan Berbeza
Beberapa pelabur tersohor langsung tak percaya
Saya pernah menulis tentang stop loss dan menggalakkan pelabur menggunakannya. Tetapi perkara sebenar ialah saya sendiri tidak pernah menggunakan stop loss.
Stop loss ialah paras di bawah harga belian asal di mana kita membuat keputusan untuk menjual demi mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Satu lagi bentuk stop loss dinamakan trailing stop, di mana saham telah naik melebihi harga belian kita dan sedang terus naik, tetapi kita tetapkan satu paras di bawah harga puncak untuk 'lock in' atau merealisasikan keuntungan.
Stop loss biasanya digunakan oleh pelabur jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal tetapi boleh juga digunakan oleh semua jenis pelabur tidak kira apa teknik mereka.
Namun begitu tiga pelabur tersohor di dunia tidak menggunakan stop loss dan tidak menggalakkan penggunaannya.
Ken Fisher, antara pengurus dana terkemuka semasa dan penulis buku terkenal yang mempunyai ruangan di majalah Forbes, berkata berasaskan kajian yang dibuat, apabila harga saham mencapai paras stop loss, ia mempunyai kebarangkalian 50% untuk naik dan 50% untuk turun.
Jadi jika anda gunakan stop loss, anda mungkin rugi kerana tidak dapat memanfaatkan rebound yang berlaku. Kedua paras apa yang patut digunakan? Adakah 3%, 5%, 7% atau 10%. Penentuannya bersifat budi bicara (arbitrary) dan tidak ada paras tertentu yang terbukti lebih berkesan.
Peter Lynch, pengurus dana tersohor pada tahun 90an juga berkata stop loss tidak berkesan. Jual hanya jika ada masalah dengan syarikat atau jika kadar pertumbuhan atau prospeknya tidak seperti yang diunjurkan
Warren Buffet pula sudah tentu langsung tidak menggunakan kaedah ini. Stop loss ialah bagi mereka yang tidak sanggup membuat penilaian sewajarnya terhadap sesuatu syarikat.
Jadi patutkah anda menggunakannya? Sudah tentu jika anda seorang 'trader'. Ia juga harus digunakan jika anda membeli kerana berita tertentu, atau kerana khabar angin atau berasaskan dengar orang lain cakap.
Tetapi jika anda memahami dan sudah menilai sesuatu syarikat dengan teliti. Jangan guna stop loss, sebaliknya jual apabila harga lebih tinggi daripada nilai syarikat.

Nota Tambahan: Perlu diingat bahawa 'stop loss' dan 'take loss dari segi fundamentals' ada bezanya. Stop loss dilakukan apabila saham jatuh pada paras tertentu tanpa mengira situasi syarikat. Take loss dari segi fundamentals pula ialah apabila kita jual dan menerima kerugian kerana berpendapat harga saham syarikat tidak lagi berpotensi naik kerana faktor tertentu, seperti kelemahan syarikat.
Label:
Pelaburan Saham
04 Februari, 2011
Guna Pertumbuhan Nilai Buku Sebagai Ukuran
Pertumbuhan Nilai Buku Lazimnya Seiring Kadar Kenaikan Harga
Definisi
Bagi mereka yang belum tahu, nilai buku (book value), yang juga dikenali sebagai
1. Nilai aset bersih (net tangible assets - NTA)
2. Nilai bersih (net worth)
NTA boleh dikira seperti berikut:
Dalam blog ini, saya merujuk nilai buku sebagai NTA, dan kebanyakan akhbar dan majalah kewangan serta laporan di laman Bursa pun menggunakan istilah sama.
Pertumbuhan
Untuk menilai pertumbuhan syarikat, terdapat beberapa kaedah ukuran:
1. Pertumbuhan hasil (revenue)
2. Pertumbuhan EPS (pendapatan sesaham)
3. Pertumbuhan aliran tunai operasi (cashflow from operations)
4. Pertumbuhan NTA
Dua kaedah pertama ialah cara yang paling kerap digunakan. Cara ketiga tidak boleh dilakukan terhadap semua syarikat kerana ada syarikat yang mempunyai aliran tunai yang turun naik bergantung kepada tahap penghutang dan pemiutang (creditors/payables and debtors/receivables) setiap tahun.
Tetapi apabila Warren Buffet menilai pertumbuhan, dia merujuk kepada pertumbuhan NTA terlebih dahulu. Menurut Timothy Vick dalam bukunya How to Pick Stocks Like Warren Buffet, pertumbuhan harga saham dalam jangka panjang lazimnya seiring dengan pertumbuhan NTA.
Sebab itulah kita dapat lihat bahawa selalunya syarikat yang membayar dividen besar adalah syarikat yang harga sahamnya tidak naik turun begitu pantas. Ini kerana pembayaran dividen akan mengurangkan NTA, tetapi bayaran dividen juga menjadi penstabil harga saham.
Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang potensi pertumbuhan syarikat, pelabur boleh menggunakan sekurang-kurangnya tiga daripada empat ukuran di atas untuk mengunjurkan prestasinya pada masa depan.
Nota: Kenyataan 'pertumbuhan harga saham dalam panjang lazimnya seiring dengan pertumbuhan NTA' tidak bermakna ia sama pada setiap masa dan tidak bermakna harga saham mesti sama dengan NTA sesaham. Yang dimaksudkan di sini ialah kadar pertumbuhan jangka panjangnya lebih kurang sama.

NTA = Jumlah Aset - Jumlah Liabiliti
NTA Sesaham = (Jumlah Aset - Jumlah Liabiliti ) / Jumlah Saham Syarikat

Langgan:
Catatan (Atom)