Berikutan posting lepas yang menerangkan tentang pelaburan bulanan dalam unit amanah, seorang pembaca mengemukakan soalan yang baik tentang pelaburan bulanan saham. Berikut adalah soalan beliau.
Adakah kaedah yang sama boleh diguna pakai untuk pelaburan saham?
Dari segi teknikal memang boleh tetapi kaedah ini hanya kos efektif jika pelaburan dibuat dalam jumlah yang cukup besar untuk mencapai kos urus niaga minimum.
Sebagai contoh, kita andaikan kos transaksi ialah RM12 atau 0.42% bagi setiap urus niaga, berasaskan nilai yang lebih tinggi. Ini merupakan kos urus niaga lazim menerusi Internet (kos lebih rendah RM8 ditawarkan oleh broker tertentu bagi urus niaga tunai).
Jika kita membuat pelaburan bulanan RM200, kita akan membayar sekurang-kurangnya RM12 (serta beberapa kos lain yang amat kecil). Ini bermakna kita membayar kos 6% untuk urus niaga kita.
Sebaliknya jika kita melabur RM1,000 setiap bulan, dengan kos urus niaga RM12, peratus kos urus niaga kita turun kepada 1.2% sahaja.
Sementara itu, jika kita melabur RM2,900 setiap bulan, kos urus niaga kita ialah 0.42%. Maka untuk mendapatkan kos paling minimum, kita perlu melabur sekurang-kurangnya RM2,900. (Nota: Nilai ini lebih rendah jika kos urus niaga minimum anda ialah RM8)
Pelaburan bulanan saham boleh dibuat, cuma lebih besar jumlahnya, lebih kecil kos yang anda tanggung. Jika anda mahu melabur jumlah bulanan yang kecil, cara paling menjimatkan kos ialah untuk mengumpulkan wang terlebih dahulu, katakan selama enam bulan, dan melabur hanya dua kali setahun
Sekiranya anda membuat pelaburan saham secara bulanan atau berkala, satu lagi pertimbangan yang perlu dibuat ialah saham yang dibeli. Harus diingat bahawa jika kaedah ini digunakan untuk unit amanah, dana yang sama boleh dibeli kerana dana tersebut sememangnya sudah mempunyai pelbagai saham (dana ekuiti) atau campuran saham dan sukuk (jika dana bercampur).
Maka kita sebagai pelabur juga perlu mempelbagaikan pelaburan. Sebagai contoh, jika sudah dua tiga bulan membeli satu saham, mungkin pada bulan keempat kita ubah kepada saham lain pula. Kita teruskan proses ini sehinggalah kita mempunyai bilangan saham yang terpelbagai dalam portfolio.
Mungkin untuk melindungi portfolio daripada terlalu terdedah kepada risiko saham khusus, pastikan tiada saham yang merangkumi lebih daripada 10% daripada portfolio anda. Bagaimanapun, ini boleh diabaikan di peringkat awal apabila baru sahaja membina portfolio.
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan jika menggunakan kaedah pelaburan bulanan ialah kita perlu memantau prestasi setiap saham yang kita beli. Ini berbeza daripada pelaburan dengan unit amanah yang diuruskan oleh pengurus profesional, yang mana kita hanya perlu memantau prestasi unit amanah tersebut secara keseluruhan.
Kesimpulannya ialah pelaburan saham bulanan boleh dilakukan, cuma perlu disesuaikan supaya dapat mengurangkna kos dan memerlukan pemantauan dan penilaian yang lebih teliti daripada pelabur.
08 Ogos, 2012
01 Ogos, 2012
Teruskan Program Pelaburan Bulanan Unit Amanah
Program pelaburan patut diteruskan sama ada pasaran naik atau turun
Sekiranya anda mempunyai program pelaburan bulanan di mana anda membeli dana ekuiti atau dana seimbang setiap bulan menerusi arahan tetap daripada akaun bank, anda patut meneruskan program tidak kira sama ada pasaran saham naik atau turun.
Program seperti ini, yang dinamakan program Dollar Cost Averaging atau Purata Kos Ringgit (lihat posting lain mengenai unit amanah atau rujuk buku saya untuk maklumat lanjut tentang kaedah ini) memang merupakan program yang dirangka supaya pelabur melabur pada harga purata, iaitu kadang-kala tinggi dan kadang-kala rendah.
Dalam jangka panjang, kenaikan harga beransur-ansur akan membolehkan pelabur mendapatkan nilai pelaburan yang tinggi di akhir tempoh pelaburan.
Terdapat risiko jika pelabur membuat keputusan untuk menghentikan atau mengeluarkan pelaburan buat sementara waktu. Ini kerana jika kita melabur dalam dana ekuiti dan menjual dana kerana meramalkan saham akan jatuh dalam tempoh terdekat, tetapi saham sebaliknya terus naik, ini akan menjejaskan program pelaburan dengan ketara.
Sementara itu jika kita menghentikan pelaburan dalam tempoh kejatuhan pasaran, kita akan rugi kerana tidak membeli unit amanah sedangkan harga pada masa itu murah.
Maka cara paling selamat atau jalan tengah bagi pelabur ialah meneruskan program pelaburan untuk jangka panjang sehinggalah ke tarikh sasaran kita.
Satu lagi pilihan bagi pelabur ialah menukar (switch) dana ekuiti kepada dana yang kurang terdedah kepada ekuiti, jika meramalkan kejatuhan, seperti dana seimbang, dana sukuk atau dana pasaran wang.
Kaedah ini patut digunakan hanya jika anda yakin dengan unjuran anda, kerana jika anda tersilap, dan berlaku kenaikan selanjutnya pasaran saham, anda juga yang tidak dapat memanfaatkan pulangan tersebut, lantas mengganggu program pelaburan anda.
Program pelaburan bulanan ini harus dinilai semula hanya jika prestasi unit amanah anda sentiasa berada di belakang dana-dana lain dalam tempoh beberapa tahun, menunjukkan kelemahan prestasi pengurus dana. Dalam keadaan ini, barulah anda patut mempertimbangkan untuk menukar kepada dana lain, tetapi bukan untuk keluar sepenuhnya daripada pelaburan.
Hanya dengan pelaburan konsisten, berdisiplin dan berterusan barulah kita dapat mencapai sasaran program pelaburan bulanan kita dengan selamat.

Label:
Unit Amanah
25 Julai, 2012
Perihal Pengumuman Agihan & Pengambilalihan
Mengapa ada hari di mana urus niaga di dalam "historical price data" ditandakan sebagai "_". Adakah sebab tiada urusniaga? Bagaimana kita ingin mengetahui tiada urusniaga? Contohnya saham Adventa pada tarikh 6,9 dan 10 Julai. Saya ada baca berita tawaran membeli saham tersebut pada 11 Julai oleh pengarah syarikat di dalam The Star.
Dinyatakan pemegang saham akan menerima distribution RM1.70. Dari carta ada kenaikan pada hari berita disiarkan. Bagaimanapun saya tidak faham kenapa tiada urusniaga pada tarikh dinyatakan di atas. Adakah saham ini masih boleh dibeli? Menurut pemahaman saya, pembelian, saham ini akan menguntungkan disebabkan ada pembahagian untung jualan untung dan harga saham tersebut.
Saya menerima soalan di atas dan ingin berkongsi jawapan bersama pembaca.
Pada tarikh di atas, kemungkinan tiada urus niaga disebabkan dagangan saham digantung. Lazimnya apabila pengumuman besar seperti ini dibuat, saham akan digantung dagangannya beberapa hari sebelum itu.
Pembelian saham biasanya hanya menguntungkan sebelum pengumuan dibuat. Selepas pengumuman, kenaikan akan berlaku hampir serta-merta apabila dagangan dibuka untuk mencerminkan pembahagian untung tersebut.Malah, sejurus selepas untung diagihkan kepada pemegang saham pada tarikh yang ditetapkan, harga akan turun semula sebanyak mana pembahagian untung yang dibuat.
Ini bermakna melainkan kita ada maklumat dalam yang menunjukan ada pembahagian untung, kita tidak ada cara untuk mengambil kesempatan daripada pengumuman seperti ini. Ini adalah sama seperti pengumuman dividen, di mana harga akan naik sejurus selepas dividen diumumkan.
Kita hanya boleh untung jika beli sebelum itu. Adalah mustahil untuk meramalkan bila pengumuman dibuat melainkan ada maklumat daripada orang dalam. Lebih baik beli syarikat yang mantap untuk jangka panjang dan tunggu pengumuman dividen (jika ada) atau kenaikan harga saham kerana keupayaannya mencatatkan keuntungan.
Satu lagi jenis pengumuman ialah pengambilalihan syarikat. Jika sesebuah syarikat tersenarai akan diambil alih, proses yang sama juga berlaku di mana harga saham akan naik sejurus selepas pengambilalihan diumumkan. Kenaikan biasanya berlaku pada paras sedikit di bawah harga pengambilalihan yang diumumkan.
Namun begitu, sebelum pengumuman dibuat, pasti ada kenaikan harga beransur-ansur kerana orang dalam sudah tahu tentang perkara ini dan juga ada pembeli yang membeli berasaskan khabar angin. Kita sebagai pelabur kecil lebih baik tidak membeli berasaskan khabar angin kerana jika tidak benar, harga akan kembali jatuh. Sebaliknya jika kita menunggu pengumuman, harga akan naik hampir serta-merta selepas pengumuman menyebabkan tiada kesempatan untuk meraih untung.
Sebab itulah pada pendapat saya, lebih baik kita tumpukan perhatian kepada syarikat yang kukuh, kemudian jika syarikat tersebut mengagihkan untung atau diambil alih kerana potensinya, kita akan mendapat untung. Sebarang cara lain memerlukan sama ada spekulasi atau maklumat orang dalam (yang salah di sisi undang-undang tetapi sukar disabutkan kesalahan).

Pelaburan Saham,
Soalan Lazim
16 Julai, 2012
KLCI Catat Rekod - Naik Lagi atau Tanda Amaran?
Situasi jangka panjang kukuh tetapi jangka pendek membimbangkan
Indeks FBM KLCI sekali lagi mencecah tahap tertinggi dalam sejarah kepada paras 1,636 hari ini tetapi walaupun ini satu perkembangan positif bagi pelabur saham umumnya, rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Pertama sekali walaupun ekonomi Malaysia dilihat tetap kukuh, pertumbuhannya tidaklah sekukuh pada tahun lepas. Keuntungan korporat juga dijangka mendatar, atau ada yang lebih rendah pada suku kedua ini.
Ini semua tidak menimbulkan masalah kerana berasaskan pemerhatian saya, permintaan domestik dan perbelanjaan pengguna masih lagi mantap.
Namun begitu situasi luar negara agak membimbangkan. Menurut Warren Buffet keadaan di Eropah telah menyusut lagi dalam tempoh satu bulan lepas, walaupun di Amerika pertumbuhan kecil masih dicatatan.
Tetapi perkara yang saya khuatiri ialah indeks berada di tahap rekod sedangkan ekonomi sederhana sahaja. Harga aset hartanah juga masih kekal di paras tertinggi.
Walaupun prospek ekonomi Malaysia nampak sangat positif dalam jangka panjang dengan pertumbuhan mantap dijangkakan, seolah-olah terdapat 'disconnect' antara situasi semasa dan keadaan pasaran saham.
Memang sudah tentu ada faktor lain yang mempengaruhi permintaan dan pasaran, terutamanya kerana pergerakan pasaran bergantung kepada institusi besar, tetapi kita sebagai pelabur kecil harus berhati-hati.
Tidak dinafikan bahawa kenaikan boleh terus berlaku kerana sejarah menunjukkan bahawa tahap kenaikan di Malaysia masih tidaklah seperti kenaikan di Jepun pada 1980an atau di Amerika pada 1990an.
Walau apa pun, kita harus melihat konteks semasa dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
Pada pendapat saya dalam jangka panjang saham Malaysia pasti berpotensi besar terutamanya kerana semakin banyak dana pelaburan di Malaysia, yang pasti akan menyokong pasaran saham yang lebih rancak.
Tambahan lagi, Asia Tenggara nampak seperti mula mendapat perhatian kembali dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat-tempat lain dunia.
Tetapi untuk tempoh terdekat, pada pendapat saya kita perlu mengamalkan sikap yang berhati-hati dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini, sama ada baik ekonomi, kewangan mahupun politik.

Dipetik daripada Bursastation

Pelaburan Saham
06 Julai, 2012
Prestasi Dana Ekuiti Islam Terbaik S12012
Kenanga Syariah Growth masih terus mendahului
Pulangan 8 - 12% sasaran realistik dalam jangka panjang
Berikut adalah prestasi Dana Unit Amanah Ekuiti Islam untuk beberapa selang masa sehingga tanggal 30 Jun 2012.
Berasaskan jadual prestasi dana unit amanah di atas, Kenanga Syariah Growth terus mendahului untuk tempoh tiga tahun dan lima tahun. Sejak saya mula membuat tinjauan dari masa ke masa dalam blog, dana ini sentiasa berada di tempat teratas.
Saya tidak perlulah mengulas tentang kedudukan semua Dana kerana anda boleh membaca sendiri tetapi perkara yang menarik ialah pulangan yang diberikan oleh dan-dana ini. dalam jangka panjang, iaitu antara tempoh 5 hingga 10 tahun.
Kita dapati bahawa walaupun dalam jangka pendek pulangan terkompaun tahunan lebih 10% boleh dicatatkan dengan mudah jika keadaan pasaran positif, dalam jangka panjang, iaitu antara 5 hingga 10 tahun, pulangan 11% adalah yang tertinggi. Ini adalah sesuatu yang tidak menghairankan dan normal.
Masalahnya ialah saya ada mendengar dan membaca pakar perancangan kewangan yang menetapkan pulangan 12% sebagai sesuatu yang 'patut' diharapkan daripada unit amanah secara umumnya. Ini tidak logik kerana kita dana yang terbaik pun sukar melakukannya. Ini bermakna pemilihan yang betul amat penting.
Sebenarnya pulangan lebih daripada itu, kadang kala sehingga 40%, boleh dicapai tetapi hanya dalam jangka pendek, iaitu untuk tempoh masa tertentu sahaja dan tidak berpanjangan.
Anda juga boleh meraih pulangan lebih tinggi jika timing anda betul, iaitu anda melabur semasa gawat dan menjual apabila unit amanah mencapai tahap tertinggi. Tetapi hasil kajian penyelidikan mendapati bahawa pakar pelaburan tersohor sekali pun sukar melakukan timing dengan betul.
Justeru, apabila kita membuat ramalan pulangan yang boleh diperolehi dalam jangka panjang untuk dana pelaburan kita, ada baiknya kita menggunakan pulangan antara 8 - 12% sebagai asas untuk membuat pengiraan.
Jadual di atas membuktikan bahawa apabila melabur dalam unit amanah, anda perlu membuat jangkaan yang lebih realistik, melainkan anda sanggup melakukan market timing, yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi, tetapi juga mendedahkan anda kepada risiko dan kos jual beli yang lebih tinggi.
Menurut John Boggle, seorang tokoh terkenal dalam industri dana amanah, ramai pelabur menerima pulangan kurang memuaskan kerana terlalu kerap menjual beli dana, kerana berpendapat mereka pandai melakukan timing.
Kesimpulannya ialah adalah lebih baik mengurangkan risiko dan membuat jangkaan yang lebih realistik apabila melabur dalam unit amanah.

http://my.morningstar.com/ap/quickrank/default.aspx
Hak cipta Morningstar

Langgan:
Catatan (Atom)