Lebih berbaloi jika kita mengutamakan cara menambah pendapatan
Dalam perancangan kewangan, menyediakan belanjawan atau bajet adalah satu faktor penting. Walaupun begitu, saya berpendapat (pandangan peribadi) kita tidak harus memberi terlalu banyak tumpuan kepada penyediaan dan pematuhan kepada bajet.
Sekiranya anda sedang berhutang, usaha merangka bajet yang teliti dan mematuhinya memang menjadi satu keperluan, kerana dalam jangka pendek, pendapatan anda tetap dan tidak boleh ditambah dengan begitu mudah.
Namun begitu, jika kewangan anda tidak bermasalah dan matlamat anda ialah membina kekayaan, maka bajet anda tidak perlulah terlalu teliti sehingga perlu mencatat semua perbelanjaan anda dan membuat kira-kira setiap bulan.
Sebaliknya perkara paling penting ialah konsep "Pay Yourself First", iaitu keluarkan dulu wang untuk ditabung sebanyak 10% sejurus selepas mendapat gaji. Kalau boleh gunakan arahan tetap untuk melakukannya.
Lepas itu, kita peruntukkan wang bagi perbelanjaan lain sepanjang bulan. Dengan kaedah ini, anda tidak perlu terlalu berdisiplin kerana simpanan dilakukan secara automatik.
Seterusnya, tumpuan utama harus diberikan kepada cara menambah pendapatan anda. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bergantung kepada sama ada anda makan gaji atau bekerja sendiri. Antaranya termasuk:
Jika kerja sendiri
1. Kerja lebih bijak atau keras supaya dapat naik pangkat.
2. Bertukar syarikat atau kerjaya sekiranya tiada peluang untuk maju.
3. Mempelajari ilmu baru atau menambah ilmu sedia ada.
4. Berniaga secara sampingan atau menerusi Internet.
5. Melaburkan sebahagian daripada wang.
Jika berniaga
6. Menambahkan hasil pernigaan.
7.. Menambah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
8. Membuka perniagaan baru yang lain.
9. Menambahkan kedai atau cawangan.
Bajet yang baik akan membantu anda mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan dalam jangka pendek, tetapi untuk membina kekayaan dalam jangka panjang, tidak ada cara lain kecuali anda menambahkan pendapatan, dan perkara inilah yang patut diberi lebih perhatian.
16 September, 2010
12 September, 2010
Soalan Mengenai Dividen Saham
Penjelasan mengenai ex-date dan entitlement date
Seorang pembaca mengemukakan soalan berasaskan data di bawah:
Berikut adalah soalan dan jawapannya.
Apa bezanya ex-date dgn entitlement date?
Ex-date ialah hari apabila saham diperdagangkan tanpa dividen. Entitlement date ialah tarikh kelayakan terima dividen berasaskan nama dalam daftar pemegang saham. Ini kerana selepas beli, masa diperlukan untuk menukar nama dalam daftar. Bagi pelabur yang ingin mengetahui tentang kelayakan dividen, untuk memudahkan anda, tumpukan perhatian hanya kepada ex-date.
Kalau saya beli saham pada 06/09/2010 pada jam 12.00 tgh, adakah saya akan mendapat dividen?
Berasaskan apa yang saya tahu, selepas ex-date penjual yang dapat dividen, bukan pembeli.
Dan kalau saya jual pada 08/09/2010 4 p.m, adakah saya tidak akan mendapat dividen?
Kalau memang sudah ada saham sebelum 6/9 dan jual pada 8/9, anda akan tetap dapat dividen. Tapi kalau beli selepas 6/9 dan jual pada 8/9, memang tak dapat dividen, sebab anda beli selepas ex-date.
Berikut adalah cara mudah untuk tentukan kelayakan dividen. Beri tumpuan pada ex-date.
- Beli sebelum ex date dapat dividen.
- Beli selepas ex date tak dapat dividen.
- Jual sebelum ex date tak dapat dividen
- Jual selepas ex date dapat dividen
Pada asasnya, jangan bimbang sangat tentang perkara ini kerana kalau beli sebelum ex date, walaupun anda dapat dividen, harga belian lebih tinggi. Sebabnya ialah selepas sahaja ex-date, harga akan jatuh dengan jumlah yang lebih kurang sama (tetapi tidak semestinya sama, kerana ada faktor lain yang mempengaruhi harga saham) dengan nilai dividen yang diberi.
Pendek kata, beli sebelum ex-date ke selepas ex-date atau jual sebelum ex-date atau selepas ex-date, kesannya atau 'net effect' adalah lebih kurang sama.
Akhir sekali, payment date pula ialah tarikh bayaran sebenar dibuat kepada pemegang saham.

4405 TCHONG TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BHD
Interim Dividend 12%
Entitlement Details:
Interim Dividend of 12% less income tax
Entitlement Type: Interim Dividend
Entitlement Date and Time: 08/09/2010 05:00 PM
EX Date: 06/09/2010
Payment Date: 28/09/2010

Label:
Dividen,
Pelaburan Saham
09 September, 2010
Situasi Pasaran Hartanah Malaysia
Semakin ramai yang khuatir tentang kenaikan harga ketara
Walaupun bukan pakar dalam bidang hartanah, saya turut memerhatikan perkembangan terkini pasaran hartanah kerana saya sendiri dan saya pasti ramai pembaca blog memiliki rumah atau hartanah sendiri. Malah mungkin ada yang mahu membeli rumah buat pertama kali tetapi mendapati harga telah naik melambung.
Berasaskan artikel di akhbar dan pandangan beberapa pihak yang terlibat dalam hartanah, pasaran tersebut dilihat semakin overvalued di mana hasil sewa atau rental yield semakin rendah kerana jurang besar antara harga hartanah dan juga sewa yang boleh diperolehi.
Antara yang pertama yang memberi amaran tentang pasaran hartanah ialah Azizi Ali, yang ada menulis beberapa buku tentang hartanah. Beliau telah menyuarakan kebimbangan beliau sejak beberapa bulan lepas. Menurutnya ramai pelabur baru, terutamanya yang telah menyaksikan harga hartanah naik mendadak berfikir amat mudah untuk dapat untung menerusi hartanah.
Namun begitu situasi masa kini tidak nornal dan kenaikan harga ini adalah fenomena luar biasa kerana kadar faedah yang terlalu rendah yang telah dikekalkan oleh Bank Negara untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Banyak masalah akan timbul bagi pembeli dan bank jika pasaran hartanah terjejas, terutamanya kerana margin pinjaman tinggi yang dilihat sekarang ini.
Selain itu, baru-baru ini Malaysian Insider dan juga The Star ada mengulas mengenai pasaran hartanah. Artikel Malaysian Insider ada menyebut bahawa bagi hartanah mewah, hasil sewa atau rental yield sangat rendah. Selain itu, banyak hartanah mewah yang dilihat ditinggalkan kosong tanpa penghuni.
Tambahan lagi, kadar kemampuan penduduk untuk membeli hartanah, terutamanya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang juga semakin rendah disebabkan oleh kenaikan harga. Ini bermakna orang yang mahu membeli rumah perlu membeli rumah lebih jauh dari kawasan bandar.
Rencana the Star pula menyeru agar sesuatu dilakukan untuk mengekang kenaikan kerana jika tidak dikekang dan berlaku 'crash', kesannya mungkin dirasai oleh seluruh ekonomi.
Walaubagaimapun, para pemaju hartanah sudah tertentu tidak setuju dengan pandangan ini, dan mereka berkata harga sekarang adalah berasaskan permintaan dan bekalan semasa, dan harga berpotensi untuk naik lagi.
Saya sendiri tak pasti sama ada perkara yang dibimbangi Azizi Ali dan para penulis rencana di atas akan berlaku dalam tempoh terdekat, kerana situasi bubble ini sebenarnya boleh berterusan selama bertahun-tahun dan adalah sukar untuk menentukan bila pasaran akan jatuh. Lilhat sahaja pasaran hartanah di Amerikan di mana kenaikan harga berlaku selama lebih sedekad sebelum mengalami kejatuhan yang amat teruk.
Walau apa pun, segmen pasaran yang saya rasakan paling terdedah ialah segmen ruang pejabat dan hartanah strata mewah. Ruang pejabat amat bergantung kepada hasil sewa (kerana rumah sekurang-kurangnya ada orang beli untuk didiami sendiri) dan jika berlaku bekalan berlebihan dan tekanan kepada sewa, segmen ini mungkin paling awal terjejas.
Memang sukar untuk menentukan bila pasaran mencapai tipping point, tetapi yang pasti ialah lebih lama sesuatu 'bubble mengembang' lebih kuat letupannya apabila ia pecah.
_____________
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Saya ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri/Eid Mubarak kepada para pembaca blog dan meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan (pasti ada) dalam blog dan juga jika apa yang ditulis ada menyinggung perasaan. Berhati-hati di jalan raya dan harap bersabarlah kalau ada kesesakan

Pelaburan Lain
05 September, 2010
Penilaian Susulan: Ajiya Berhad
Prestasi separuh pertama syarikat terus kukuh namun
keputusan separuh kedua mungkin lebih sederhana
Pada Januari 2010, saya ada menulis tentang Ajiya Bhd dalam posting bertajuk Ajiya Berhad: Pengeluar Bumbung dan Kaca Mantap. Catatan kali ini memembuat susulan prestasi Ajiya sejak tarikh tersebut.
Ajiya Bhd ialah syarikat yang mengeluarkan produk zink, aluminium dan logam untuk bumbung dan juga produk kaca yang berpangkalan di Segamat. Ajiya mempunyai dua anak syarikat utama iaitu Asia Roofing Industries yang tersenarai di Papan Utama dan Ajiya Safety Glass. Sila kunjungi laman web syarikat www.ajiya.com untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang syarikat.
Pendapatan sesaham Ajiya untuk tempoh lima tahun lepas ialah (sen):
2005 2006 2007 2008 2009
17.1 - 17.3 - 25.2 - 32.3 - 31.8
Bagi tempoh enam bulan berakhir Mei 2010 (tahun kewangan syarikat berakhir pada 31 Nov) EPS syarikat ialah 17.36 sen, iaitu lebih tinggi daripada 12.34 sen pada tempoh yang sama tahun lepas. Nilai aset bersih (NTA) sesaham pula ialah RM2.74.
Berikut adalah carta saham Ajiya:
Kita dapat lihat bahawa saham syarikat telah naik ke tahap lebih RM2.20 pada sebelum turun balik ke paras RM2.00.
Pada Jumaat lepas, harganya ditutup pada RM2.01. Pada harga ini, nisbah PE berasaskan pendapatan tahun lepas ialah 7 (agak rendah) dan harganya juga lebih rendah daripada nilai aset bersih sesaham RM2.74. Berasaskan prestasi terkini, saham kelihatan 'undervalued'
Disebabkan ciri dan produk syarikat, prestasi syarikat sudah pasti ada kaitan dengan pasaran hartanah kerana ia menjadi pembekal kepada pasaran tersebut.
Berasaskan itu, saya meramalkan bahawa Ajiya akan mencatatkan prestasi yang sederhana pada separuh kedua, dan mungkin tidak sebaik separuh pertama.
Pelabur yang berminat dalam syarikat ini boleh membeli untuk jangka panjang atau mengambil sikap tunggu dan lihat sehinggalah prestasi suku ketiga diumumkan dan juga selepas mendapat kepastian tentang keadaan ekonomi global dan Malaysia yang dijangka lebih perlahan pertumbuhannya pada separuh kedua tahun ini.
Saya sendiri mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

01 September, 2010
Perubahan Dalam Kriteria Pelaburan KWSP
Pelaburan dalam dana dengan saham asing kini dibenarkan
Pada pertengahan 2007, KWSP tidak lagi membenarkan pelaburan dibuat ke dalam dana yang mempunyai pelaburan dalam saham asing. Ini bermakna jika anda mahu melaburkan tabungan KWSP anda dalam unit amanah, anda hanya boleh melabur dalam dana yang melabur dalam saham atau bon tempatan sahaja.

Bagaimanapun, kini syarat tersebut dilonggarkan dan KWSP kini menerima dana yang melabur dalam saham dan bon asing dalam program pelaburan ahlinya.
Kriteria yang ditetapkan ialah dana tersebut perlu mempunyai sehingga maksimum 30% pendedahan dalam pelaburan asing (tidak boleh lebih daripada itu) untuk diluluskan.
Perubahan peraturan ini membolehkan pelabur memilih dana yang bukan sahaja melabur di Malaysia, tetapi juga mempelbagaikan pelaburan di luar negara. Tanya ejen unit amanah anda tentang dana baru yang diluluskan berasaskan kriteria baru ini.
Selain itu, mulai 1 September, KWSP juga memperkenalkan skim penilaian dana baru. Di bawah kriteria penilaian yang digunakan, dana mesti mempunyai rekod pencapaian sekurang-kurangnya 3 tahun dengan markah penilaian sekurang-kurangnya 1.66 daripada markah maksimum 5.
Penilaian ini diperkenalkan untuk memastikan hanya dana yang mantap sahaja boleh dilaburkan oleh ahli KWSP. Jika sesuatu dana yang telah diluluskan tidak mematuhi kriteria tersebut, maka ia akan dikeluarkan daripada senarai.
Bagaimana jika dana yang anda laburkan terkeluar dari senarai? Jangan khuatir, anda boleh terus mengekalkan pelaburan anda atau anda boleh menjualnya.
Jika anda berpendapat prestasi dana akan kembali pulih pada masa depan, anda boleh kekalkan pelaburan anda. Jika tidak anda boleh menjual unit dan menyimpan wang kembali dalam KWSP atau melabur dalam dana lain.
Bagi saya tanda aras yang harus digunakan ialah pulangan dividen KWSP, yang berada pada paras lebih kurang 5% dalam tempoh 10 tahun lepas. Untuk dianggap berbaloi, saya berpendapat dana anda perlu memberikan pulangan tahunan lebih 6% setahun.
Kita perlu ingat bahawa apabila kita melabur dalam unit amanah, kita membuka pintu risiko. Pulangan yang diterima hendaklah setimpal dengan risiko yang diambil.
KWSP telah mengambil langkah yang wajar untuk membantu pelabur menambahkan pilihan dan mengurangkan kebarangkalian untuk memilih dana yang kurang baik.
Namun begitu penyelidikan dan penilaian teliti di pihak anda masih sangat-sangat diperlukan untuk mendapatkan pulangan setimpal dan menjamin simpanan hari tua anda.

Unit Amanah
Langgan:
Catatan (Atom)